Seorang bapa gigih bungkus & hantar buah demi Cucu Anak2 semua rasa

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung hampir dua bulan di seluruh negara ketika ini sememangnya telah menjarakkan perhubungan ahli keluarga.

Mana tdaknya, ramai anak-anak perantau yang tdak dapat pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibu dan bapa disebabkan tdak boleh merentas negeri.

Anak2 tk dapat balik jenguk mak ayah

Bukan sahaja sambutan perayaan yang terlepas untuk dirai bersama, musim buah-buahan yang sering ditunggu anak cucu untuk pulang ke kampung turut tidak dapat dirasai.

Namun, menerusi perkongsian dari seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @shopeekaa, dia telah memuat naik video bapanya yang membungkus buah-buahan dan asam keping yang dibuat sendiri untuk adik-beradiknya yang sudah  lama tidak pulang ke kampung.

Siapkan semua untuk hantar ke anak2

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat bapanya mengutip sendiri buah rambutan dan menimbang setiap satu kotak buah tersebut agar adil untuk diagihkan kepada anak-anak dan cucu-cucunya.

Dia juga turut mengeringkan sendiri asam keping dan dibungkus serta dihantar bersama buah rambutan tersebut.

Ayah memang seorang yang cekal

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memaklumkan seorang bapa sememangnya sebegitu.

Mereka juga berasa sebak melihat usaha bapa kepada @shopeekaa yang tetap gigih memberi anak-anak rasa buah-buahan di kampung walaupun terpaksa menghantarnya menerusi pos memandangkan kekangan PKP yang entah bila selesainya.

Ramai mak ayah yang buat macam ni juga

Benda melibatkan mak ayah memang sedh

Tengok video ni sedh sangat sebab rindu ayah

Semoga ayah akak sihat terus

Mak ayah memang macam ni

Sumber : ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*