“Cantiknya.. Macam Barbie Doll” Uqasha Senrose digelar Barbie Malaysia

Umum tahu pelakon kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang, Uqasha Senrose memiliki kejelitaan yang tiada tolok bandingannya.
Terbaharu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu meraih perhatian ramai selepas memuat naik beberapa keping foto memaparkan wajahnya disolek persis anak patung.

Disolek dengan konsep patung popular. Barbie, ternyata tatarias tersebut membawa satu perubahan yang menarik pada wajah pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu.
“Rindu nak bekerja, rindu nak bermain dengan alat solek mengikut konsep. Hanya mampu throwback (imbau kembali) saja,” tulis  tunang kepada aktor Kamal Adli itu.

Difahamkan, solekan tersebut merupakan hasil sentuhan jurusolek terkenal, Alha Alfa untuk sebuah kempen promosi sebuah produk kecantikan tempatan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Instagramnya memuji kecantikan kakak kepada pelakon Nelydia Senrose itu.
“Inilah anak patung Barbie Malaysia,” tulis seorang peminatnya.
“Awak ini memang anak patung hiduplah,” komen seorang lagi pengguna Instagram.
Bukan hanya peminat, beberapa rakan selebriti seperi Azza Elite, Linda Rafar, Salina Saibi dan Adeline Tsen turut meluahkan komen serupa bahawa Uqasha sememangnya secantik Barbie.
 
Sumber : – K! ONLINE
Sebelum ini
Uqasha Senrose Rindu Nak Pakai Tudung Semula,Akui Perlu Istiq0mah Dahulu

Ramai menyokong niat baik Uqasha dan turut mendoakan semoga beliau akan bertudung semula satu hari nanti.
Bertudung itu tidak wajib tetapi menutvp aurat merupakan perkara utama yang disuruh dalam agama lslam.

Sebelum ini, selebriti Uqasha Senrose pernah dikcam tervk akibat mengambil keputusan untuk membuka tudung selepas tiga tahun mengenakan hijab.
Namun nampaknya kini uqasha seperti memberi hint bahawa beliau mempunyai niat untuk berhijab semula menerusi video baharunya di aplikasi TikTok.
Menerusi video berkenaan, Uqasha telah menggayakan jubah abaya Iabuh yang mana membuatkan beliau berasa berpuas hati dan terus mengatakan mahu berhijab semula.
“Bila pakai macam ni kan, rasa macam nak pakai tudung balik. Tapi tu lah kena istiqomah dulu, nanti kena kcam.”

Dalam masa yang sama, ramai yang menyokong niat baik pelakon berusia 29 tahun itu dan turut mendoakan supaya satu hari nanti beliau akan istiqomah dalam melakukan perubahan.

Kita doakan semoga semua urusan uqasha tak kira dalam usaha untuk menutup aurat atau apa sahaja, dipermudahkan olehNya.

Sumber foto dan video: TikTok uqasha Senrose
via https://www.hotfm.com.my/rindu-nak-pakai-tudung-semula-uqasha-senrose-akui-perlu-istiqomah-dahulu/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*