Siti Nordiana Tuntut 5 Sekawan Bayar RM2.5 Juta, Moh0n Maaf Di Media

Nampaknya kemelut antara Siti Nordiana bersama Lan Solo, Syura Badron serta tiga lagi individu memasuki episod baru apabila Nana menuntut permohonan maaf menerusi media serta membayar RM500,000 setiap seorang.
Tiga indivdiu lain yang turut didakwa ialah isteri kepada Lan, Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin.

Peguam yang mewakili mereka iaitu Alan Razak mengesahkan telah pun menerima writ saman dan pernyataan tuntutan.
Alan turut memberitahu, Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi tuntutan tersebut.

Alan Razak sebelum ini pernah mewakili ramai selebriti antaranya Awal Ashaari.
“Selepad ini akan ada sesi pengurusan kes yang mana akan dijalankan secara vitrual melibatkan saya dan peguam Siti Nordiana dengan pihak Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini.
“Melalui sesi itu juga, mahkamah akan minta peguam-peguam untuk explore kebarangkalian untuk menyelesaikan kkes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh,” katanya.
Sebelum ini, Siti Nordiana menuntut lima individu tersebut untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.
Bagaimanapun, kelima individu berkenaan gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan.
Sumber : rotykaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*