Kenal dari zaman bapanya, Ulasan Ramli MS ini memang lain dari yg lain

Kuala Lumpur: Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS menyifatkan pelawak Shuib adalah insan yang bertuah kerana mendapat isteri seperti Allahyarham Siti Sarah Raisssuddin.Ramli yang mengakui dia juga masih terkesan dengan berita pemergiaan Siti Sarah, 37, pada jam 5.13 pagi semalam, sangat mengejutkan seluruh negara.

“Sebelum ini, Alyah ada beritahu saya mengenai keadaan dirinya ketika disahkan positif Covid-19 dan sebagainya. Saya berdoa mengharapkan yang terbaik.

“Kemudian, pihak Indigital Music, Watie ada hubungi dan maklumkan mengenai berita pemergian arwah, sudah tentu saya terkejut. Saya pun sudah tua dan sudah pasti kita semua akan terima ‘bahagian’ kita juga cepat atau lambat.

Menurutnya, dia melihat sisi peribadi Siti Sarah sebagai artis yang berdedikasi, sangat komited pada kerjaya dan sukar untuk jumpa seorang penyanyi sepertinya.

“Saya sebenarnya sudah kenal Siti Sarah agak lama dari zaman bapanya, Raissuddin Hamzah yang turut terbabit dalam industri seni.

“Malah, ketika saya diundang sebagai artis jemputan dalam Sepahtu Reunion, saya juga pernah keluar makan bersama arwah dan suaminya, Shuib selepas program itu selesai.

“Saya tengok sendiri cara mereka berdua dan layanan Sarah pada Shuib begitu taat serta akrab. Ia berbeza dengan karekternya ketika membuat persembahan atau ketika Shuib tiada bersamanya. Bagi saya Shuib bertuah,” katanya.

Ramli yang pernah bekerjasama dengan arwah Siti Sarah dalam program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) berkata dia menganggap penyanyi itu pergi dalam usia muda dan satu kehilangan besar buat suami, anak-anak serta seluruh keluarganya.

“Apapun, saya sangat mengharapkan agar Shuib kuat selepas ini kerana apa yang sudah berlaku itu adalah aturan baik dari Yang Maha Esa.

“Shuib kena teruskan hidup. Suratan sudah pun diatur cantik oleh Allah SWT. Terus fahami diri sendiri, orang lain dan menjadi bapa yang lebih kuat. Cepat atau lambat kita semua akan pergi juga,” katanya.

Ramli berkata tiada ayat untuk dia menggambarkan berita duka mengenai pemergian mengejut Siti Sarah itu. Malah, dia juga tidak membuat apa-apa hantaran di media sosial mengenai arwah.

“Saya cuma sampaikan doa serta ucapan takziah kepada ahli keluarganya menerusi pengurus Allahyarham. Sebelum itu, isteri saya Alyah ada memberitahu saya mengenai keadaan arwah yang disahkan positif Covid-19,” katanya.

Semalam, seluruh negara bersedih dengan pemergian Allahyarham Siti Sarah selepas bertarung dengan jangkitan Covid-19. Arwah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).

Alyah, Ramli MS mula dalami ilmu agama demi jaga perkahwinan – “Kita berubah di kedua-dua pihak, rumah tangga ada up and down”

MASALAH rumah tangga Datin Alyah dengan pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS sejak pasangan itu berkahwin pada 2013 hampir membuatkan penyanyi itu berputus asa.

Ujar Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 39, dia sedar wujud pihak tertentu yang tidak senang dengan perkahwinan mereka dan ingin meme.cah-bel.ahkan rumah tangganya.

Enggan terus membiarkan ia terus berlanjutan, penyanyi lagu Meluruh itu dan suaminya sama-sama mendalami ilmu agama dan saling memperbaiki diri untuk menguatkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri.

“Kita berubah di kedua-dua pihak. Dulu pernah satu waktu kita rasa sudah tiada jodoh dah… macam memaksa diri sendiri. Ini pengalaman saya sendiri sebelum ini, rumah tangga ada up and down.

“Orang dekat luar pun get ready saja… bukan semua orang suka kita dan perkahwinan kita. Ada yang datang dekat saya dan cerita perkara lama masa saya tak wujud lagi.

“Untuk apa… semua untuk memecah-belahkan rumah tangga. Apa yang menguatkan saya adalah agama. Ibu bapa kita dulu tak ada laman sosial, walaupun bapa saya garang tapi ibu saya tetap menunggu bapa saya.

Ada satu waktu yang tak boleh nak dikongsikan, tapi saya akan bersara bukan berehat.

“Itulah agama yang dididik oleh orang tua mereka. Itulah yang saya rasa terlepas untuk beberapa tahun lalu. Alhamdulillah saya dah dapat balik, saya harap dapat terus kekalkan macam ini,” kata Alyah kepada mStar.

Alyah ditemui pada majlis memperkenalkan dia sebagai duta produk Zafesha Simply di Hotel Dorsett, Putrajaya pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Alyah mengakui dia ada perancangan untuk bersara daripada dunia seni beberapa tahun lagi dan salah satu sebabnya mahu memberi tumpuan bagi mendapatkan zuriat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*