Terkesan Dengan Pemergian Menantu Kesayangan!! Ibu Mertua Buka Mulut Cerita Rahsia Amalan SitiSarah

Tidak mudah buat pelawak popular, Shuib Sepahtu melupakan insan yang menghadirkan banyak kenangan dan menjadi teman suka duka selama 10 tahun.
Baru tiga hari kehilangan isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang menjadi korban COVID-19 sukar buat Shuib memadamkan kenangan ketika bersama.” Hari pertama (kelmarin) saya menjalani kehidupan tanpa arwh. Walaupun saya bersendirian di rumah sebelum ini, tetapi saya tahu arwh berada di hspitaI.
” Namun, kini, arwh sudah tiada. Saya harap Allah dapat bimbing hati saya perlahan-lahan terima ketentuan ini.
” Jujurnya, rindu amat berat terhadap pasangan pergi buat selama-lamanya,” luahnya pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, kelmarin.

Meskipun zahir nampak tenang dan reda, Shuib berkata, ada kalanya tewas dengan emosi.

” Semalam (kelmarin), saya hampir menjadi orang tidak reda. Saya memang tidak boleh terima hakikat dan cuba menyedapkan hati dengan mengatakan arwh akan sembuh, sedangkan dia menderita.” Namun, apabila saya mula reda dan ampun segala kesalahannya, perjalanan terakhir arwh menjadi mudah.Pada minggu ini ternyata suasan masih lagi suram dengan kisah pemergian penyanyi kesayangan ramai, Siti Sarah Raisudin selepas dijangkiti Covid-19.
Meskipun sudah 4 hari Allahyarhamah pergi, namun orang ramai tidak putus-putus bercakap tentang kebaikan serta amalan yang dilakukannya selama ini.Turut terkesan dengan kematian Allahyarhamah, mentuanya Salamiah Jalani sempat berkongsikan kesedihan tersebut di ruangan TikTok. Sejak dari hari pertama mengetahui keluarga anak menantunya disahkan positif, wanita tersebut mengakui tidak senang duduk malah sukar untuk melelapkan mata.

Kami tahu Allahyarhamah di tempat yang baik…Itulah yang buat kami tabah

Meskipun seperti tidak percaya, namun dia reda dengan ketentuan Allah S.W.T yang telah menjemput Siti Sarah terlebih awal. Dalam pada itu, Salamiah mengakui bersyukur kerana telah dipinjamkan dengan seorang menantu yang cukup baik selama 11 tahun. Jelasnya, hubungan mereka berdua agak rapat memandangkan Allahyarhamah sudah lama kehilangan ibu kandung.

Dia bagitahu lagi, sikap Allahyarhamah sama juga seperti orang lain meskipun dikenali sebagai penyanyi yang cukup hebat. Namun keperibadiannya layak dipuji apabila disifatkan sering bersangka baik dan menjaga hati keluarga dan orang tua. Tak cukup dengan itu, menantunya sentiasa memohon maaf jika berbuat salah. Tambahan lagi arwah tak lokek bersedekah mengikut kemampuan. Itulah jawapan yang diberikan Puan Salamiah apabila ditanya apakah amalan menantu beliau Siti Sarah selama arwah menjalani kehidupan

Sumber: Blogger

Kematian yang menyatukan insan

PETALING JAYA – Rakyat di seluruh negara diselubungi duka apabila masing-masing menyatakan rasa sedih dan pilu atas kematian Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia semalam, selepas 65 jam bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Siti Sarah, 36, meninggal dunia pada pukul 5.13 pagi ketika mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak 3 Ogos lalu.

Allahyarham dijangkiti virus berbahaya itu pada 25 Julai lepas selepas pembantu rumahnya menghidap wabak tersebut.

Lebih meruntunkan hati orang ramai apabila suami Allahyarham, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkongsi detik sedih ketika membuat panggilan video ketika Siti Sarah sedang nazak di unit rawatan rapi (ICU) beberapa jam sebelum kematiannya.

Pasukan perubatan memakai PPE ketika mengangkat keranda mengandungi jenazah Siti Sarah di PPUKM, Kuala Lumpur semalam.

“Air mata berlinangan di pi­pinya seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengan­nya. Kami empat beranak melihat sendiri air mata mengalir di pipi Allahyarham ketika panggilan video itu.

“Saya terus ke hospital selepas selesai majlis bacaan Yasin dan doa selamat malam tadi (kelmarin) secara maya tetapi tidak dibenarkan bertemu arwah,” katanya ketika ditemui.

Jenazah Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Su­ngai Pusu, Gombak selepas Zuhur.

Shuib turut mengenakan pe­ralatan perlindungan diri (PPE) untuk mengiringi perjalanan akhir isterinya selain membantu urusan pengebumian.

Orang ramai melihat van jenazah yang membawa jasad Siti Sarah untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pusu, Gombak semalam.

Ramai rakan artis turut hadir pada majlis itu termasuk Rahim Sepahtu, Ali Puteh, Datuk Adi Putra dan Rebecca Nur Islam.

Menurut Shuib, biarpun ha­tinya merasa berat, dia tetap reda kerana apa yang terjadi adalah ketentuan Ilahi.

Tambahnya, dia berjanji akan menjaga empat orang anak mereka, Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang baru sahaja dilahirkan Jumaat lalu secara pembedahan ketika arwah koma.

“Melihatkan kepada keadaan sebelum dan ketika kematian dia, saya tertanya-tanya apakah kebaikan yang telah dia lakukan kerana begitu ramai meratapi kehilangannya dan cemburu dengan cara pemergian arwah,” katanya.

Shuib bertafakur dan membaca doa di sisi kubur Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 semalam.

Ujar Shuib, dia menerima ba­nyak mesej dan video yang me­nganjurkan bacaan Yasin dan doa selamat untuk Allahyarham sejak isterinya dimasukkan ke ICU.

Kata bekas penyampai radio itu lagi, ramai ingin mengambil tahu mengenai perkembangan arwah isterinya selepas ditidurkan dan pembedahan untuk mengeluarkan bayi.

“Saya tertanya-tanya apa kebaikan dia lakukan hingga mendapat kelebihan ini.

“Sebenarnya saya sudah reda seandainya isteri saya dijemput Ilahi ketika dia kritikal pada Jumaat lalu, namun Allah beri arwah sedikit masa lagi untuk hidup,” katanya.

Tambahnya, arwah pernah cakap yang dia mahu meninggal pada hari Jumaat kerana mendapatkan khusnul khatimah dan terlepas siksa kubur.

Sementara itu, dalam satu sia­ran langsung, Shuib memberitahu, isterinya tidak sempat divaksin sebelum dijangkiti Covid-19.

Shuib termenung selepas mengebumikan Siti Sarah semalam.

“Di sini saya ingin mengingatkan bahawa Covid-19 itu benar. Jangan nak berlagak sebab belum kena belum tahu.

“Kalau boleh ambillah vaksin,” katanya.

Tambahnya, tiga anaknya te­rus meraung sebaik dimaklumkan mengenai kematian ibu mereka.

“Ketika sampai di rumah, saya cuba mengelak untuk membe­ritahu mereka. Selepas mandi yang begitu lama, ibu mertua menghubungi saya supaya segera memberitahu mereka.

“Selepas dimaklumkan, ketiga-tiga anak saya menangis dan meraung,” katanya yang turut sebak dalam siaran langsung itu.

Sumber: kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*