Keadaan Ahmad Firdous mer0sot, situasi sama seperti arwah Siti Sarah

SELEPAS ditidurkan pada pagi Khamis akibat tahap oksigen menurun, keadaan abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ahmad Firdous diberitahu semakin merosot.

Adik iparnya yang juga pelawak Shuib Sepahtu berkata, Ahmad Firdous yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Serdang berada dalam keadaan tidak baik.

“Semalam saya ada maklumkan di Instagram (IG) mengenai keadaan abang ipar yang dimasukkan ke ICU dan ditidurkan pada pukul 5 pagi.

“Kemudian pada pukul 11 pagi, kakak ipar hubungi dan beritahu keadaan Ahmad Firdous tidak berapa baik.

“Doktor memberitahu situasi dialami abang ipar hampir sama dengan arwah Siti Sarah… paru-paru abang ipar tidak baik,” katanya.

Ahmad Firdous bersama isteri dan anak-anak

Shuib berkata demikian pada majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk Allahyarham Siti Sarah yang dikendalikan secara virtual, malam Khamis.

Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad berkata, hubungan Ahmad Firdous dengan arwah Siti Sarah sangat rapat dan berharap bacaan yasin dan doa yang diadakan dapat memberi kekuatan kepada abang iparnya mel4awan Covid-19.

Semoga Allah memberi kemudahan kepada abang ipar. Dia baik orangnya dan sangat rapat dengan arwah.

“Semoga Allah memberi kemudahan kepada abang ipar. Dia baik orangnya dan sangat rapat dengan arwah.

“Semoga dengan bacaan Yasin dan doa pada malam ini abang ipar terus diberi kekuatan untuk bangun dan berjuang… InsyaAllah,” katanya.

Sementara itu Shuib memaklumkan dua kakitangannya turut disahkan positif C0vid-19.

Ahmad Firdous bersama ayahnya Raissuddin Hamzah.

‘Abang Ipar & Siti Sarah Sangat Rapat, Mohon Doa Agar Stabil’ – Shuib

“Kini isterinya tinggal seorang saja di rumah. Dua anak mereka berusia 11 dan sembilan tahun tinggal bersama saya sekarang. Jadi, saya perlu memberikan sokongan dan kata-kata semangat. Mohon doa daripada orang ramai juga.”

Demikian kata pelakon dan pelawak popular, Shuib mengenai abang iparnya, Ahmad Firdous Raissuddin yang kini ditidurkan selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, Selangor, akibat Covid-19, awal pagi hari ini.

Shuib ketika dihubungi berkata, dia memohon doa orang ramai agar keadaan Firdous yang juga abang sulung Allahyarham Siti Sarah itu segera stabil dan sembuh.

“Kalau boleh saya tak naklah cakap dia ditidurkan, tapi begitulah situasinya sekarang,” katanya.

Menurut Shuib, isteri Firdous yang turut positif Covid-19 kini menjalani kuarantin di rumah mereka.

“Sebelum ini Firdous menjalani kuarantin di rumah bersama isterinya. Malah, sebelum ini sudah dua kali cubaan nak ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Kali pertama tahap oksigen okay dan tekanan darah naik balik. Jadi, tak lepas nak ke hospital. Kedua, dia pergi sendiri ke hospital dan sampai sana tidak diterima sebab untuk rawatan lanjut kena ada kriteria tertentu.

“Namun, semalam saya menghubungi juga ambulans dan minta juga dia ke hospital sekali lagi untuk dapatkan rawatan di sana. Alhamdulillah, keadaannya stabil. Tapi, tiba-tiba pagi tadi dapat panggilan kena masuk IC U,” katanya.

Menurut Shuib, sebelum dimasukkan ke hospital, Firdous sangat lemah semangat dengan berita pemergian adiknya selain tidak dapat berjumpa buat kali terakhir.

“Dia rapat sangat dengan arwah isteri saya. Jadi, apabila Siti Sarah meninggal dunia dia sangat ‘down’. Saya cakap kena kuat semangat.

“Apa yang berlaku, saya reda jadi dia pun perlu reda. Alhamdulillah, pemergian arwah memberi hikmah untuk semua orang,” katanya.

Shuib berkata, abang ipar dan isterinya itu disahkan positif Covid-19 kira-kira seminggu lalu iaitu beberapa hari selepas dia dan Siti Sarah disahkan positif virus itu.

Shuib memaklumkan seluruh keluarga sudah negatif dan bebas wabak itu kecuali abang dan kakak iparnya.

Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menghemb.uskan n4fas ter4khir disebabkan k0mplikasi berpu.nca Covid-19 pada Isnin lalu selepas tiga hari ditidurkan.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*