Ini Kata Kata Menteri Azmin Ali Selepas Kerajaan Muhyiddin Tumbang Dan Dia Terpaksa Letak Jawatan

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Mohamed Azmin Ali berkata masalah ekonomi dan pekerjaan rakyat sentiasa menjadi keutamannya ketika wabak Covid-19 melanda negara.

Kenyataan itu muncul tidak lama selepas Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri.

“Ia sentiasa menjadi hasrat saya untuk menangani masalah ekonomi dan memelihara pekerjaan untuk rakyat.

“Walaupun ekonomi pulih, ramai yang menderita sepanjang wabak global yang kejam ini.

“Saya mohon maaf atas segala kekurangan saya. Suatu penghormatan untuk berkhidmat kepada anda,” katanya dalam ciapan Twitter.

Azmin merupakan bekas timbalan presiden PKR bersama 10 ahli parlimen PKR menarik balik sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Feb 2020 sehingga menyebabkan kerajaan persekutuan tumbang.

Susulan daripada itu, Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri kelapan dengan sokongan Umno, PAS dan GPS yang kemudian membentuk kerajaan baru Perikatan Nasional.

Bagaimanapun kemelut politik terus melanda kerajaan PN dengan kemuncaknya sebahagian ahli parlimen Umno yang diketuai presidennya, Ahmad Zahid Hamidi menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan hari ini dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai perdana menteri sementara sehingga perdana menteri yang baru dilantik.

Sumber : Malaysia Kini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*