Ramai tanya saya wartawan ni siapa PM yg akan Agong Pilih

ISTANA NEGARA

Ramai tanya saya siapa PM?

Saya nak bagitahu satu benda jelah. Saya memang pernah pergi Istana Negara tu, tetapi jangan kata rapat dengan Tuanku, saya masuk istana pun salah pintu, hahaha.

Kali pertama saya masuk Istana Negara pun saya dah panik. Masuk-masuk takde orang, aarghhh sudah! Rupanya orang masuk ruangan lain, saya masuk ruangan lain! Dalam istana tu ada banyak bilik, bilik itu bilik ini…saya rasa mau abang polis yang tengok CCTV tu gelak berjemaah tengok saya gelabah biawak.

Kali kedua pun salah lagi. Patutnya saya drive kereta keluar ikut pagar lain, saya keluar pagar lain. Nak dijadikan cerita masa tu konvoi Tuanku dah nak keluar, apalagi bertempik le abam trafikkk, ayat sorryy bosssss rasanya adala kot berpuluh kali keluar dari mulut saya.

Kali ketiga lagi best. Masa tu majlis santapan antara Tuanku dan para Menteri di pagi raya. Kat istana juga. Saya pegawai kokak ni takkan nak join all those VVIP’s.

So dengan bangganya saya masuk satu bilik yang saya rasa untuk orang-orang biasa macam sayalah. Sekali semua pandang. Saya senyum je. Dah nama pagi Raya, saya pun tibailer segala ketupat, rendang atas meja tu.

Bila saya kenyang, saya pun bangun dan keluar dari bilik tu.

Tetiba seorang sahabat saya cuit pinggang saya dari belakang.

“Bro, sejak bila kau kerja UTK…”

Amik kau, rupanya tempat abam-abam polis adeh deh deh.

So lupakanlah hasrat nak tanya siapa bakal PM. Hanya Allah dan Tuanku ada jawapannya. Kita tunggu jelah…

kredit: Syahril A Kadir

Pemilihan PM ke-9: GPS serah kepada kebijaksanaan Agong

Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan pemilihan Perdana Menteri ke-9.

Kata Pengerusinya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kuasa itu diserahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Saya serah kepada kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” jawabnya ringkas.

Beliau berkata demikian semasa sidang media Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat LAKU, Miri pada Rabu.

Sebelum ini, Pemilihan Timbalan Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan langkah tepat dan sesuai untuk dipertimbangkan dalam pembentukan kerajaan baharu.

Menurut Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing, ini kerana jika seseorang calon dinamakan, ia dipilih berdasarkan sokongan dalam sesebuah parti demi mencapai kestabilan.

Terdahulu pada Isnin Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Tindakan itu diambil Muhyiddin selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional.

Semalam, Agong menerima menghadap ketua parti politik bagi membincangkan serta menerima sembah maklum calon Perdana Menteri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*