Pelajar Lelaki Kahwin Dengan Cikgu Sendiri, Ramai Pula Tak Sangka Perbezaan Umur Mereka?

Cikgu lelaki berkahwin dengan pelajar sendiri sudah banyak kita dengari. Tetapi jarang kita mendengar cikgu perempuan berkahwin dengan pelajarnya. Jika ada sekalipun, jarak usia mereka tidak terlalu jauh.

Bagaimanapun di Tik Tok, empunya badan berkongsi mengenai perkahwinan dengan gurunya sendiri yang kini bergelar isteri, dan perbezaan usia mereka adalah 25 tahun.

Foto :TT

Akmal Yusof menjelaskan perkenalan dengan isterinya (cikgu) pada tahun 2016. Kemudian pada tahun 2018, dia pernah mengajak gurunya keluar makan bersama-sama seterusnya melangsungkan perkahwinan pada tahun 2020.

Foto :TT

Perkongsiannya mendapat komen yang pelbagai, ada yang menyatakan ianya adalah jodoh walaupun perbezaan umur terlalu besar. Ada pula yang secara bergurau menyatakan padanlah jodoh mereka belum lahir lagi.

Bagaimanapun, ada komen yang agak sensitif mendakwa ianya adalah sexual grooming kerana ketika perkenalan, si lelaki masih lagi bergelar pelajar. Hal ini membuatkan Akmal menutup ruangan komennya.

Foto :IG

Itulah orang kata, kalau dah jodoh tak ke mana.

Sumber:CARI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*