Muhyiddin Yassin bakal TPM? senarai kabinet akan diumum minggu ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob akan mengumumkan barisan Kabinet kerajaan baharu pada minggu ini. Beliau berkata, pada masa ini, beliau masih belum menyiapkan senarai penuh barisan Kabinet tersebut.

Katanya, beliau akan mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong selepas senarai Kabinet itu siap nanti.

“Tunggu pengumuman. Senarai belum ada,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan bencana di Titi Hayun di sini hari ini.

Sementara itu katanya, jawatan Timbalan Perdana Menteri juga belum diputuskan lagi. Semalam Ismail Sabri menyeru semua pihak supaya bersepakat menyelamatkan ‘Keluarga Malaysia’.

Perdana Menteri dalam ucapan awam sulungnya berkata, beliau menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa itu sifatnya lebih inklusif.

Pelantikan Kabinet baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob wajar dibuat dalam jumlah lebih kecil berbanding kerajaan sebelum ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelantikan Kabinet baharu itu juga perlu diberi keutamaan kepada pemimpin yang berkelayakan dan berkebolehan.

Ini kerana, menurutnya, jumlah Kabinet semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin didapati berlebihan dan tidak menunjukkan prestasi yang baik.

“Saya harap tak berapa besarlah (jumlah Kabinet). Setiap menteri sepatutnya ada kebolehan.

“Kita dapati menteri-menteri Muhyiddin (sebelum ini) tak ada kerja apa pun, tak ada buat kerja, dapat gaji sahaja. Janganlah jadi macam itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program #PulangKeLangkawi di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi di sini hari ini.

Barisan kabinet Muhyiddin mempunyai seramai 70 orang menteri di bawah 32 portfolio berbeza yang diumumkan pada 9 Mac tahun lalu, menjadikan Kabinet tersebut mempunyai jumlah menteri tertinggi berbanding Perdana Menteri sebelumnya.

Dalam pada itu, ada ura-ura yang mengatakan Tan Seri Muhyiddin Yassin pun boleh dilantik Sebagai TPM. dan Kini Angin bertiup kencang Calonnya ialah Dato Sri Azmin Ali

Daripada jumlah itu, sebanyak 38 orang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan tujuh kementerian mempunyai dua orang timbalan menteri.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini menjadi pilihan utama dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Menurut satu sumber, faktor utama yang menjadi pertimbangan ialah beliau telah berjaya mendapatkan sokongan ahli-ahli Parlimen kepada Bersatu.

“Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga mempunyai peluang yang sama kerana beliau mempunyai imej yang bersih.

“Namun kelebihan sekarang hanya kepada Mohamed Azmin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, Mohamed Azmin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) berhadapan dengan masalah dengan sayap pemuda parti tersebut iaitu Armada.

Sumber: viral news

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*