Selepas penganjur perhimpunan har4m rayu bantuan org ramai, ini yg jumlah mereka dpt hanya dlm sehari

Terdahulu Penganjur himpunan haram pada 19 Ogos lalu meminta sumbangan orang ramai bagi membantu membayar kompaun kepada para peserta yang ditahan sebelum ini.

Minggu lalu, seramai 31 peserta acara berkenaan dibawa ke balai polis dan didenda RM2,000 setiap seorang, menjadikan jumlah keseluruhan denda berjumlah RM62,000.

Dalam satu kenyataan hari ini, Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) berharap orang ramai dapat membantu meringankan beban mereka.

“Sehubungan itu, kami ingin meminta jasa baik rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi untuk menyumbang bagi membantu peserta membayar kompaun yang dikenakan,” kata mereka.

“Pihak Sekretariat sedang berbincang dengan beberapa rakan peguam berkenaan tindakan yang akan diambil dan kami tidak menolak untuk menyaman pihak polis kerana tangkapan yang dibuat tidak berasaskan lunas perlembagaan dan peserta yang ditahan tidak diberikan akses untuk diwakili oleh peguam setiap seorang,” tambah SSR.

SSR kumpul derma RM92,800 dalam tempoh sehari

Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyumbang kepada tabung bantuan guaman dan kompaun #Lawan.

Tabung berkenaan sebelum ini ditubuhkan bagi membantu membayar kompaun 31 peserta acara nyaan lilin yang ditahan di Dataran Merdeka pada Khamis lalu.

Dalam satu kenyataan, SSR memaklumkan mereka berjaya mengumpulkan sebanyak RM92,800 daripada tabung berkenaan.

“Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan di mana kami mendapat sumbangan sebanyak RM 92,800 di dalam masa yang cukup singkat iaitu hanya sehari.

“Sumbangan ini melibatkan transaksi oleh 668 orang yang melibatkan jumlah purata sebanyak RM139, dan ramai juga yang turut menyumbang dengan nilai RM10 dan RM20.

“Ini sekali gus menunjukkan bahawa tuntutan #Lawan didukung oleh setiap lapisan masyarakat di dalam usaha bersama menggerakkan proses pendemokrasian di Malaysia dan menjamin kelangsungan kehidupan rakyat biasa,” tambah kumpulan itu.

Pada 19 Ogos lalu, seramai 31 individu yang terdiri daripada 17 lelaki dan 14 wanita ditahan di balai polis Dang Wangi.

Penganjur mendakwa pihak polis tidak mempedulikan tuntutan mereka untuk mengetahui apakah mereka ditangkap, dan sebaliknya menyeret sebahagian daripada peserta ke dalam kenderaan Black Maria untuk dibawa ke balai polis.

Para peserta juga mendakwa tidak diberitahu mengenai hak mereka dan dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

“Laporan yang lebih terperinci perbelanjaan untuk himpunan #Lawan dan siri protes kami yang lain akan dikemukakan kepada umum dalam masa terdekat.

“Kepercayaan rakyat kepada gerakan #Lawan akan kami peluk erat dalam setiap gerak kerja kami.

“Sekretariat dengan ini menutup kempen tabung bantuan guaman dan kompaun #Lawan,” katanya.

Semalam, media melaporkan SSR memohon bantuan orang ramai untuk membayar kompaun berjumlah RM62,000 dengan 31 peserta terbabit dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*