Ismail umum Kabinet baru, ini kata2 Dr Zulkifli Mohamad bila dapat tahu nama tidak tersenarai

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.Barisan Kabinet baru ini dijadual akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin depan.

Ismail ketika mengumumkan senarai berkenaan berkata, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Katanya, setiap menteri juga mesti menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan.

Tidak ada jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan.

Bagaimanapun, Ismail mewujudkan jawatan empat “menteri kanan” seperti mana yang pernah dilakukan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Dalam pada itu menteri Agama telah di ganti dengan Senator Idris Ahmad (PAS) dan Timbalan ialah  Ahmad Marzuk Shaary (PAS)

Mohon maaf jika terkas4r bahasa – Zulkifli Mohamad

Meskipun tidak terpilih menganggotai kabinet kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Senator Zulkifli Mohamad mendoakan kejayaan buat mereka yang terpilih demi negara tercinta.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua barisan kabinet, khususnya kepada Senator Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Tak dilupakan, Ahmad Marzuk Shaary selaku timbalan menteri.

“Mohon maaf kepada semua barisan agensi-agensi agama peringkat persekutuan di bawah menteri di jabatan perdana menteri andai ada yang saya terkasar bahasa sepanjang kita sama-sama bekerja.

“Doa saya moga negara yang kita cintai ini terus makmur, maju dan bangkit kembali pada era endemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut senarai kabinet baru mengikut parti politik:

Perdana Menteri: Ismail Sabri Yaakub

Menteri Kanan Industri dan Perdagangan Antarabangsa: Azmin Ali (Bersatu)
Timbalan: Lim Ban Hong (MCA).

Menteri Kanan Pertahanan: Hishammuddin Hussein (Umno)
Timbalan: Ikmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu)

Menteri Kanan Kewangan: Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan: Mohd Shahar Abdullah (Umno), Yamani Hafez Musa (Bersatu)

Menteri Kanan Pendidikan: Senator Dr Radzi Jidin (Bersatu)
Timbalan: Mah Hang Soon (MCA), Mohamad Alamin (Umno)

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:

Agama – Senator Idris Ahmad (PAS)
Timbalan: Ahmad Marzuk Shaary (PAS)

Undang Undang – Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS)
Timbalan: Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu).

Ekonomi – Mustapa Mohamed (Bersatu
Timbalan: Eddin Syazlee Shith (Bersatu).

Sabah Dan Sarawak – Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan: Hanifah Hajar Taib (GPS)

Tugas Tugas Khas -Abdul Latif Ahmad (Bersatu)
Timbalan: Mastura Mohd Yazid (Umno).

Menteri Dalam Negeri: Hamzah Zainuddin (Bersatu)
Timbalan: Ismail Mohamed Said (Umno), Jonathan Yassin (Bersatu)

Menteri Kesihatan: Khairy Jamaluddin (Umno)
Timbalan: Dr Noor Azmi Ghazali (Bersatu), Aaron Ago Dagang (GPS)

Menteri Pengangkutan: Ir. Wee Ka Siong (MCA)
Timbalan: Henry Sum Agong (GPS)

Menteri Luar Negeri: Saifuddin Abdullah (Bersatu)
Timbalan: Kamarudin Jaffar (Bersatu)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna: Alexander Nanta Linggi (GPS)
Timbalan: Rosol Wahid (Bersatu)

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Rina Harun (Bersatu)
Timbalan :Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)

Menteri Komunikasi dan Multimedia: Annuar Musa (Umno)
Timbalan: Zahidi Zainul Abidin (Umno)

Menteri Kerja Raya: Fadillah Yusof (GPS)
Timbalan: Arthur Joseph Kurup (PBRS).

Menteri Pertanian: Dr Ronald Kiandee (Bersatu)
Timbalan: Ahmad Hamzah (Umno), Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Adham Baba IUmno)
Timbalan: Ahmad Amzad Hashim (PAS)

Menteri Perladangan dan Komoditi: Zuraida Kamaruddin (Bersatu)
Timbalan:Wee Jeck Seng (MCA), Willie Mongin (Bersatu)

Menteri Alam Sekitar dan Air: Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan: Dr Mansor Othman (Bersatu)

Menteri Wilayah Persekutuan: Shahidan Kasim (Umno)
Timbalan: Jalaluddin Alias (Umno)

Menteri Pengajian Tinggi: Noraini Ahmad (Umno)
Timbalan: Ahmad Masrizal Muhammad (Umno-Senator)

Menteri Tenaga dan Sumber Asli: Takiyuddin Hassan
Timbalan: Ali Biju (Bersatu)

Menteri Pembangunan Luar Bandar: Mahdzir Khalid
Timbalan: Abdul Rahman Mohamad (Umno), Hasbi Habibollah (GPS)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Reezal Marican Naina Merican (Umno)
Timbalan:Ismail Abd Muttalib (Umno)

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Noh Omar (Umno)
Timbalan: Muslimin Yahaya (Bersatu)

Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Budaya: Nancy Shukri (GPS)
Timbalan: Edmund Santhara (Bersatu)

Menteri Perpaduan Negara: Halimah Saddique
Timbalan: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Bersatu-Senator)

Menteri Belia dan Sukan: Ahmad Faizal Azumu (Bersatu)
Timbalan: Ti Lian Ker (MCA-Senator)

Menteri Sumber Manusia: M Saravanan (MIC)
Timbalan: Awang Hashim (PAS)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*