Genap 30 hari pemergian Siti Sarah. Sebak bila tiba tiba ibu tiri luahkan sesuatu tentang arwah

Siti Fatimah Suberi iaitu Ibu tiri Siti Sarah memuatnaik video dengan kapsyen meluahkan kerinduan terhadap penyanyi berkenaan selepas genap 30 hari pemergiannya. Apa yang mendapat perhatian warganet adalah gelagatnya yang sentiasa happy serta dapat dilihat juga tasbih digital yang sentiasa dibawa bersama.

Di komen semua dilihat sebak dengan perkongsian berkenaan dan mendoakan beliau ditempatkan dikalangan hamba yang beriman. Dalam kapsyennya dia memuatnaik satu foto Sarah katanya, “masa ni tak silap prgnant dalam 4 atau 5 bulan. Walau diri sendiri pun dah ta larat nak belajar. Kelas dari pagi hingga lewat malam”

“Tapi semangat yang ada dalam diri dia tu sangat sangat kuat. Dan oragnya sangat menjaga adab dengan guru”. “Dan masa ni dialah yang bersemangat sangat sangat ajak masuk kelas untuk mencari ilmu perniagaan” “Alhamdulillah dengan ilmu ini saya akan gunakan untuk terus melangkah lebih jauh” luahan ibu tiri.

Hasrat Sarahuntuk berehat

Ibu tiri kepada penyanyi Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi mendedhkan bahawa Siti Sarah pernah menyatakan hasratnya untuk berehat pada bulan Ogos dan tidak menyangka perkara itu benar-benar terjadi apabila penyanyi itu ‘berehat’ buat selama-lamanya.

Ujar wanita berusia 34 tahun yang yang mesra disapa Makde, Sarah memberitahu perkara tersebut kepadanya sekitar Mei lalu apabila menyatakan hasrat mencari wajah baharu kempen promosi tiga produk keluarannya kerana ingin berehat pada bulan Ogos.

“Siti Sarah bercadang untuk berehat pada bulan Ogos. Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat. “Tak sangka rupa-rupanya ‘rehat’ yang dimaksudkan itu membawa maksud Sarah akan pergi tinggalkan kita semua buat selama-lamanya,” kata Fatimah

Antara komen komen warganet

” semua mesti rindukn sarah termasuk sy. Berserinya kulit dan muka sarah Digital tasbih warna merah tu mcm sy punya n sy ada bnyk gak. Al fatihah buat sarah”

Dalam vdeo sentiasa memakai cincin zikir dan Alhamdulillah jiwanya sentiasa ingat Allah SWT dan ini mungkin salah satu sebab ingatan rindu semua orang pada arwh.

Shuib menerusi akaun Instagram miliknya ada berkongsi satu foto dirinya bersama anak-anak sedang mengaji bersama-sama sempena mengenangkan pemergian Allahyarham Siti Sarah sebulan yang lalu.

‘Rindu masakan ibu’

GENAP 30 hari pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin.

Kehilangannya sungguh dirasai seluruh rakyat Malaysia baru-baru ini. Siapa sangka, kematiannya sangat dicemburui kerana ramai yang mendoakan dan menceritakan kebaikan arwah ketika hayatnya.

Tanggal 9 September, Shuib telah berkongsi kerinduannya pada isteri tercinta yang selama ini menjadi tulang belakang kejayaannya. Namun itulah perancangan Allah mengatasi segalanya.

Sebelum ini kisah Allahyarham Siti Sarah yang dijangkiti Covid-19 terpaksa melahirkan anak lelaki pramatang secara pembedahan sebelum ditidurkan sangat meruntun hati orang ramai.

Tambah pula ramai dalam kalangan peminat, rakan artis dan ahli keluarga yang merindui celoteh menghiburkan pelantun lagu Kesetiaan itu ketika membuat live masak di dapur.

Allahyarham juga sering menggunakan tagline ‘my style’ setiap kali berkongsi video memasak di Instagram.

Terbaharu, pengendali akaun Instagram milik Allahyarham Siti Sarah ada berkongsi satu video resepi ikan kerapu masak cili ‘my style’. Difahamkan, video tersebut merupakan video kenangan dan koleksi memasak yang masih tersimpan.

Sementara itu, Shuib menerusi akaun Instagram miliknya ada berkongsi satu foto dirinya bersama anak-anak sedang mengaji bersama-sama sempena mengenangkan pemergian Allahyarham Siti Sarah sebulan yang lalu.

Betullah orang kata kasih sayang seorang suami terhadap arwah isteri tak akan pernah padam membuatkan diri terasa kosong dan merindui insan tersayang itu.

Selain doa dan zikir sebagai pengubat rindu, Shuib berkongsi sebuah lagu yang berjudul ‘Musafir Rindu’ nyanyian Ramli Sarip yang didengarinya sekaligus seakan memberi bayangan bahawa dia sedang menanggung rindu terhadap isteri tercinta.

Senyuman berseri seri moga amalan nya diangkat oleh Allah SWT. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://www.datatimenews.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*