Sebak Lihat Lelaki Jual Atas Riba Tanpa Meja, Wanita Ini Tampil Beri Bantuan?

Ketika ini, semua insan sedang berjuang untuk mencari sumber pendapatan. Apa sahaja yang boleh dilakukan dan mendatangkan duit asalkan halal dilakukan tanpa perlu memikirkan perasaan segan atau malu.Namun, disebalik kegigihan tersebut, pasti akan ada ujian tersendiri untuk menguji betapa tabahnya kita menempuhi dugaan.

Wanita ini bantu lelaki berniaga tatang dulang
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @kakwawaaaaa, dia telah memuat naik video seorang lelaki yang berniaga tanpa meja di tepi jalan dengan meriba barangan jualannya.

Kerusi meja hilang entah taktahu kemana
Apa yang menyebakkan adalah dia hanya mampu memegang sahaja makanan yang dijual kerana meja dan kerusi yang sering digunakan untuk berniaga telah hilang. Lelaki itu sendiri tidak tahu mana pergi kerusi meja miliknya sama ada dibuang ataupun telah dicuri.Jadi, pengguna TikTok yang berkenaan mengambil inisiatif memberinya kerusi dan meja bagi membolehkan lelaki itu berniaga tanpa perlu menjinjing jualannya.

Permudahkanlah urusan mereka berdua ya Allah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang meluahkan rasa terharu dengan pertolongan dari @kakwawaaaaa kepada lelaki berkenaan.

Ramai juga yang bertanyakan lokasi lelaki itu berniaga dan ingin membeli brownies jualannya sekali gus memberikan bantuan untuk membantu supaya dia berniaga dengan lebih selesa.

Sumber: TikTok @kakwawaaaaa

Pihak BangkitMedia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman social ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*