Hiburan

Video Abby Abadi Buat Peminat ‘Confuse’ Mana 1 Adik dan Kakak

Kalau dulu pelakon Abby Abadi pernah kelihatan cantik sewaktu muda, tetapi kini walaupun sudah berusia 44 tahun beliau masih lagi nampak seperti baru berusia 30-an.

Seperti ibu yang lain, Abby turut menjadi seorang ibu yang sporting dengan melayan kerenah anak-anaknya dengan membuat video TikTok bersama anak gadisnya iaitu Marissa Dania.

Dania merupakan anak kedua Abby daripada hasil perkahwinan bersama bekas suami iaitu Norman Hakim sekitar tahun 2002 yang lalu.

 

Keletah dua beranak itu telah menarik perhatian ramai sehingga ada yang sempat bergurau mengatakan Abby dan Dania persis seperti pasangan adik beradik.

Abby kelihatan 10 tahun lebih muda ketika menggayakan busana berwarna putih bersama tudung peach tersebut.

Sekali pandang memang nampak macam adik beradik la, tak nampak macam anak dan ibu langsung.

Best la dapat mak sporting macam Abby ni, boleh layan anak-anak buat video TikTok lagi kan!

Sumber foto dan video: Instagram Abby Abadi

via rivelbad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *