Ada Sampai Cecah RM40K..Harga Dan Jenis Basikal Pilihan Selebriti Ini

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mula menjadikan aktiviti berbasikal sebagai salah satu senaman harian terutamanya pada setiap hujung minggu. Aktiviti berbasikal bukan sahaja satu senaman yang lebih santai malahan ianya juga baik untuk kesihatan seperti dapat mengurangkan berat badan, kawalan tekanan darah, penjagaan kesihatan mental, mengurangkan stress dan banyak lagi. Berbasikal sangat sesuai untuk kaum lelaki mahupun wanita.

Selebriti tanahair juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama menghabiskan masa dengan aktiviti beriadah seperti berbasikal dan peminat turut teruja untuk mengetahui basikal seperti manakah yang digunakan oleh selebriti kesayangan mereka.

Jadi, kali ini kami di Murai.My ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan pembaca jenis-jenis basikal dan anggaran harga basikal yang menjadi pilihan selebriti tanahair. Jom kita tengok!

Noor Nabila

via IG

Noor Nabila sekarang kelihatan semakin langsing dan aktif dengan aktiviti berbasikal. Noor Nabila mempunyai pengikut di akaun instagram miliknya sebanyak 1.1 juta. Selain sibuk menguruskan Jebat Jayden, Noor Nabila juga merupakan pengarah urusan di syarikat NH Prima International Sdn Bhd. Dia juga mempunyai sebuah basikal dan ia adalah dari jenama S-Works, model Tarmac SL6 dan anggaran harga adalah dalam RM35k.

via IG

Pelakon dan juga certified fitness instructor ini mempunyai lebih dari 500 ribu pengikut di instagram miliknya. Ibu kepada 3 orang anak ini kerap berbasikal bersama seorang kawan artisnya iaitu Yasmin Hani. Basikal yang Sazzy Falak gunakan adalah dari jenama Eddy Merckx, model Milano 72 dengan anggaran harga sekitar RM10 ribu ke RM15 ribu.

Janna Nick 

via IG

Janna Nick merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara dan juga CEO di JN Studio Entertainment yang mempunyai jumlah pengikut di instagram seramai 6.2 juta. Janna yang kini sedang hangat bercinta dengan kekasihnya, Dini Shatzmann menggunakan basikal dari jenama Look Carbon Road Bike model 765 dengan anggaran harga sekitar RM10 ribu.

Nabila Razali

via IG

Penyanyi dan pelakon kecil molek ini mempunyai pengikut di akaun instagram miliknya seramai 2.6 juta. Penyanyi ini baru sahaja selesai membuat persembahan di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 iaitu dengan lagu Peluang Kedua. Basikal yang Nabila Razali gunakan adalah dari jenama Specialized dan model Tarmac SL6 dengan anggaran harga sekitar RM15 ribu hingga RM30 ribu.

Alif Satar

via IG

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar mempunyai 3.3 juta pengikut di akaun instagram miliknya. Bapa kepada 3 orang cahaya mata ini pernah mendedahkan bahawa sewaktu dia mula aktif dalam aktiviti berbasikal dia hanya membeli sebuah basikal terpakai. Kini pelantun lagu I Want You To Love Me menggunakan basikal dengan jenama Storck, model Aero2 Platinum G2 dengan anggaran harga sekitar RM33 ribu ke RM35 ribu.

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

via IG

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi no 1 negara ini yang mempunyai seramai lebih 8 juta pengikut di instagram. Beliau aktif berbasikal bersama suami tercinta, Datuk K dan Tokti juga telah menubuhkan CTDK Cycling Team. Basikal yang digunakan Tokti pernah menjadi bualan hangat netizen pada tahun 2019 kerana wheel set basikalnya berharga sama dengan sebuah kereta Proton Saga iaitu dalam lingkungan RM32 ribu. Daripada instagram beliau, terdapat dua jenis basikal yang kerap digunakan. Yang pertama adalah dari jenama Focus model Izalco Race9.8 dengan anggaran harga dalam RM40 ribu ringgit. Basikal yang kedua pula adalah dari jenama Wilier dengan model Cento 10 Air juga berharga lebih RM10k hingga RM40k..

Hawa Rizwana

via IG

Penyampai berita Buletin Utama TV3 dan juga pengacara untuk rancangan Wanita Hari Ini, Hawa Rizwana mempunyai jumlah pengikut di instagram sebanyak 657 ribu. Hawa juga merupakan alumni Sekolah Sains Muar dan namanya kini semakin dikenali dan Hawa Rizwana juga sangat aktif di saluran youtubenya sendiri, Hawa Rizwana.  Basikal yang digunakan Hawa Rizwana adalah dari jenama Storck, model Durnario Platinum G1 dengan anggaran harga sekitar RM20k ke RM30k

Khairy KJ

via Ig

 

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Khairy Jamaluddin pernah terlibat dengan kemalangan ketika menunggang basikal. Beliau mempunyai seramai 1 juta pengikut di instagram. Basikal yang digunakan KJ juga pernah menjadi viral kerana dikatakan ianya berharga sama dengan harga sebuah kereta dan basikalnya itu merupakan basikal premium dari Itali iaitu Pinarello, Dogma F10 yang berharga sekitar RM45k

Bella Dally

via IG

Pelakon dan duta galeri Ariani, Bella Dally mempunyai 2.3 juta pengikut di instagram. Bella aktif berbasikal dan sering melakukan aktiviti berbasikal bersama suaminya dan juga rakan-rakan artis yang lain. Basikal yang digunakan oleh Bella Dally adalah dari jenama S-Works model Tarmac SL6 dengan harga sekitar RM20k ke RM40k.

Hanez Suraya

via Ig

Bekas pelakon, Hanez Suraya mempunyai jumlah pengikut seramai 1.1 juta di instagram. Bahagia bersama suami dan anak-anak, Hanez suraya pernah mendapat kejutan dari suaminya dengan membuat sambutan hari lahir Hanez di Fraser Hill selepas mereka bersama-sama selesai berbasikal. Hanez Suraya juga telah melancarkan official baju dengan nama Hypenez Cycling Club. Basikal yang digunakan oleh Hanez Suraya adalah dari jenama S-Works, model Tarmac SL7 dengan harga sekitar RM40k.

 

sumber : https://murai.my/2021/102659/harga-dan-jenis-basikal-pilihan-selebrtii/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*