Cantiknya dia! Boleh jadi model tudung kakak ipar, minum chatime free 😘

Selepas mendirikan rumah tangga, kisah keluarga selebriti Neelofa memenuhi hampir semua platform media sosial. Tapi jarang pula kita mendengar cerita keluarga suaminya pendakwah bebas Haris Ismail bukan?

Terbaru, adik kepada Haris atau PU Riz yang mesra dipanggil Shakira memuat naik sekeping foto mereka di atas pelamin sewaktu majlis pernikahan abangnya minggu lalu.

Jika diperhatikan, Shakira sangat menjaga privasi dan ini adalah gambar pertama bersama keluarganya yang dimuat naik untuk tatapan umum.

RPReplay_Final1617346825

https://www.instagram.com/p/CNJgMtDlCfA/?utm_source=ig_embed&ig_mid=C4548CB0-178F-43DD-B537-4F90C8EF8380

Posting tersebut mendapat hampir 6,000 tanda suka selain dipenuhi komen netizen memuji kecantikan wajah gadis berkenaan dalam persalinan serba putih itu yang dilihat ‘sweet’ dengan abang kesayangan.

Terdahulu, pasangan selebriti berkenaan dinikahkah adik lelaki Neelofa iaitu Mohd. Aqief Mohd. Noor di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 Mac lalu.

 

Pengantin perempuan tidak mendedahkan mengenai hantaran sebaliknya hanya memberitahu menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki.

 

Sumber: Instagram Shakira

Via https://ohmymedia.cc/pertama-kali-kongsi-gambar-bersama-wajah-adik-pu-riz-dipuji-menawan-hati/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh+My+Media&fbclid=IwAR2BNCEHRk6ziYOY0DIRnd7LCdko5i9ZAdYm7N16xoeP3nrqD–v754ehbA

 

Artikel Sebelumnya :

“Syukur..Baru nak lancar, dapat ‘free marketing’ dah gegar satu negara” – Neelofa

Baru-baru ini, heboh satu Malaysia bercerita tentang pasangan selebriti Neelofa dan suami PU Riz berikutan isu rentas negeri ke Langkawi untuk berbulan madu.

 

Bagaimanapun, pihak polis telah mengesahkan perjalanan pasangan tersebut adalah atas urusan kerja, bukan untuk berbulan madu seperti yang didakwa ramai.

 

Netizen serang akaun laman sosial Neelofa

Namun, masih ramai netizen yang tidak berpuas hati terhadap kedua pasangan berkenaan dan bertindak menyerang Neelofa di semua akaun laman sosial milik usahawan berusia 32 tahun itu.

 

Sebagai contoh, salah satu ciapan Neelofa di Twitter yang bertanya tentang permainan kegemaran netizen ini. Rata-rata netizen mengecam selebriti itu:

Suka ‘game’ dapat perhatian semua orang

Menurut pengasas jenama Naelofar itu, dia berharap orang ramai bertenang lebih-lebih lagi dalam membahaskan isu melibatkan dirinya.

Menerusi ‘posting’ itu, Neelofa sendiri mengakui dia bersama suami terbang ke Langkawi untuk melawat cawangan Chatime miliknya yang akan dibuka di pusat peranginan itu tidak lama lagi.

Teruja dapat ‘free marketing’

Dalam pada itu, dia sempat meluahkan rasa syukur kerana secara tidak sengaja kekecohan netizen telah memberi peluang ‘marketing’ percuma ke atas perniagaannya biarpun masih belum dilancarkan lagi.

Terdahulu, netizen melancarkan serangan ke atas hampir semua ‘posting’ yang dimuat naik oleh pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu lantaran dakwaan tidak mematuhi SOP berkaitan majlis pernikahannya serta isu rentas negeri.

 

Sumber: Instagram Neelofa

 

via https://ohmymedia.cc/tak-lancar-lagi-free-marketing-dah-gegar-satu-negara-syukur-neelofa/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*