Agih Tuala Wanita Tepi Jalan Memalukan, Tony Eusoff: “Mak Kau Tak Ajar Dari Kecil Ke?

Pelakon Tony Eusoff bengang dengan sikap pengguna laman sosial Facebook yang menganggap tuala wanita objek yang memalukan.
Menerusi ciapan di Twitter, Tony menyelar tindakan tidak beradab segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fahaman bersifat seksis.

Yang terpaling bangang di antara yang bangang-bangang. Saya sebagai lelaki tak ada pun masalah dengan tuala wanita.

“Dari kecil sampai besar dah biasa kut dengan lumrah alam berdarah sebulan sekali. Takkan nak pertikaikan design Tuhan? Apa yang nak malunya?
“Baru je sambut Hari Wanita Sedunia tapi ada lagi yang kata tuala wanita ni memalukan. Memalukan siapa sebenarnya? Mak kau tak ajar dari kecik ke?” tulis Tony.

Sebelum ini tular laman kumpulan politik di Facebook yang mengkritik program anjuran sebuah perwakilan wanita di Johor yang mengagihkan tuala wanita kepada orang ramai di tepi jalan.


“Sambut Hari Wanita bagi #modes tepi jalan ke? Mana maruah kau? Mana Melayu kau?
“Kalau kau pergi beli kat kedai pun selalunya taukey kedai akan masukkan dalam plastik hitam sebab nak jaga maruah orang yang beli tu, tapi korang ni dah macam maklang!” tulis akaun terbabit.

Sumber : Astro gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*