Ain Edruce Buka Mulut Isu Dilabel ‘Kasar’ Layan Suami

Walaupun sarat pada usia kehamilan mencecah 32 minggu, pelakon dan pengacara, Ain Edruce akhirnya membuka mulut apabila dilabel ‘kurang ajar’ atau dilihat kasar melayan suami beliau, Amirul Hafizz Mustaffa.

Menurut Ain, tidak timbul isu kurang ajar kerana beliau sendiri mengenali suaminya itu yang dilihat sangat tegas jika dibelakang tabir.

 

“Korang kena tahu pasal Amirul, Amirul seorang yang sangat tegas. Untuk Ain rude atau kurang ajar itu benda itu takkan terjadi. Sebab Ain pun takut dengan dia. Cuma Ain tahu kelemahan dia, bila buka kamera atau video dia akan jadi pendiam…”

Tambahnya lagi, jika ada tindakan Ain yang dianggap ‘biadab’ atau keterlaluan, Amirul akan terus menegurnya. Sebagai contoh, jika isi kandungan saluran Youtube mereka dianggap seakan-akan tidak sesuai, suaminya itu akan memberikan pendapat berkenaan ‘content’ tersebut.

Ain Edruce atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 29, memberitahu sekiranya suaminya itu tidak kisah dengan apa yang dipertontonkan di saluran Youtube mereka yang kononnya dilihat biadab ataupun kurang ajar, maka semua peminat beliau dan netizen di luar juga tidak perlu kisah dan ada masalah dengan isu terbabit.

“Ain percaya sekiranya suami Ain tidak kisah dengan isu terbabit, netizen pun tidak perlu ada masalah lah.. Ain dengan Amirul okay je, happy je..”

Ketika ditemui ketika sesi fotografi di Sri Pentas, TV3, Ain bagaimanapun sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mendoakan perjalanan karier seni beliau selama ini.

Sumber : https://www.xtra.com.my/trending/ain-edruce-buka-mulut-isu-dilabel-kasar-layan-suami/?fbclid=IwAR2owxIqjONM_mDNwXBDkuiyXAp5xz8d4iDeWS1zHnjDiQFt4N-2gMSHha8

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*