Alhamdulillah, segar sikit mata ni. Simple je tapi cantik Majlis resepsi Ernie Zakri & Syamel pula jadi perhatian

Selepas seminggu mendirikan rumah tangga, penyanyi bersuara merdu Ernie Zakri dan suaminya Syamel mengadakan majlis resepsi di Bayswater KLCC, malam ini.

Kehadiran ahli keluarga, rakan artis dan kenalan rapat sekali gus meraikan hari bahagia pasangan merpati dua sejoli itu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Menerusi laman Instagram, gambar dan video sekitar majlis bertemakan ‘black tie’ itu mula dikongsi melalui beberapa akaun seperti Hot FM, Era FM dan Tonton Xtra.

 

 

Ernie tampil anggun menggayakan busana berwarna putih rekaan AMAZÉ, manakala Syamel yang juga penyanyi mengenakan sut lengkap berwarna hitam serta putih rekaan Shanell Harun.

Jumaat lalu, pasangan tersebut sah bergelar suami isteri pada majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Puncak Alam, Selangor selepas tujuh bulan mengikat tali pertunangan.

 

“Alhamdulillah, nnajlis akad nikah kami berjalan lancar walaupun tidak raffia’ yang dapat hadir kerana kami perlu patuh SOP.

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kami. Diharap nnajlis yang bakal berlangsung esok juga dipermudahkan, Insya-Allah,” kata Syamel kepada Gempak.

Syamel dan Ernie sah bergelar suami isteri pada 26 Mac lalu dengan sekali lafaz, dalam sebuah nnajlis pernikahan yang dijalankan secara tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Syamel atau nama sebenar, Syameel Aqnnal Mohd Fodzly, 27, dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Puncak Alam, Abidin Sulaiman berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.

Pasangan sama cantik sama padan itu mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu selepas berkenalan ketika menyertai program realiti, Duo Star.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*