Semasa

Ramai menanti apa yang bakal diumumkan PM esok, tapi kenyataan terkini dari Ismail Sabri mungkin dapat legakan hati rakyat

BERA – [DIKEMASKINI] Kerajaan akan memberi tempoh secukupnya untuk rakyat bersedia sebelum melaksanakan sebarang tlndakan mengawal jangkltan C0vid 19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menasihati rakyat agar tidak membuat pembelian panlk berikutan adanya spekulasl kerajaan akan melaksanakan semula Perlntah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Menurutnya, rakyat juga diminta tidak mudah percaya dengan berita p4lsu mahupun pelbagai andaian tidak benar berhubung keputusan yang akan diumumkan kelak.

“Tidak perlu hendak pembelian panlk, yang tular semua p4lsu… tunggu dulu pengumuman dari kerajaan.

“Apapun keputusan, kerajaan tidak terus buat serta-merta, mesti akan beri ruang (persediaan) dalam tempoh dua, tiga hari dan sebagainya,” katanya kepada Bernama ketika menyantuni ma.ngsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kerayong di sini pada Sabtu.

Mengenai spekulasl pelaksanaan semula PKP, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata: “Saya percaya tidak mungkin kita (kerajaan) laksanakan total lockd0wn seperti PKP sebelum ini… kita ada lagi mesyuarat MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan teknikal pada Isnin ini untuk melihat SOP (prosedur 0perasi standard) lebih terperinci.

“Apa-apa keputusan kerajaan buat adalah yang terbaik untuk rakyat, tidak usah panik.”

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas pada Isnin mengenai tlndakan yang dilaksanakan berhubung situasi semasa jangkltan C0vid 19 yang menunjukkan trend peningkatan kebelakangan ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ismail Sabri meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat menyalurkan bantuan banjir agar menyelaraskan pert0longan mereka dengan Pusat Kawalan 0perasi Ben.cana (PKOB) di kawasan terj.ejas.

Katanya, kerajaan tidak menghalang usaha NGO sebaliknya mahu memastikan setiap bant.uan yang dibawa dapat diagih dan diselaras dengan sempurna selain bagi mengelak berlaku penularan C0vid 19 di kawasan benc.ana yang mungkin dibawa oleh individu dari z0n merah.

Reaksi Orang Ramai

Makin ramai lah yang bakal kehi.langan pekerjaan dan pengan.ggur akan makin bertambah jika PKP dilaksanakan semula.

Kewangan rakyat juga perlu diambil kira sekiranya PKP dilak.sanakan semula.

Jangkaan ku tepat.. kesillapan utama adalah membenarkan rentas negeri masa time cuti sekolah ketika kess sedang naik mendad.ak tempoh hari. Tu ja pu.nca.

Memang dua2 penting..tapi kalau PKP duk rumah nak makan apa kalau tak da kerja . tak kan nak harapkan bantvan..ni i sinar pun tak lulus nak buat camana.

 

Kredit: Sinar via OM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *