“Ayah nak kahwin biarkan… tapi mama tak perlu” – Engku Aleesya belum izinkan Erra Fazira berumah tangga

Erra Fazira tidak menolak takdir jika dikurniakan jodoh lagi selepas ini.

PENYANYI dan pelakon Erra Fazira tidak menolak takdir untuk bergelar isteri kembali jika bertemu dengan lelaki yang sesuai.
Menurut Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 47, dia hanya akan meneruskan hasratnya itu sekiranya mendapat persetujuan daripada anak tunggalnya, Engku Aleesya.

“Saya okey sahaja kalau anak okey tapi kalau ada jodoh, adalah nanti.
“Saya pernah usik dia (kalau saya nak kahwin lagi), tapi dia cakap ayah nak kahwin, biarkan ayah kahwin tapi mama tak perlu (kahwin).


“Saya harap dia cuma bergurau sahajalah cakap begitu (tertawa),” katanya kepada mStar.
Erra ditemui pada majlis perlantikannya bersama Wany Hasrita sebagai duta pelitup muka jenama Himaya di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai perasaan anak berhubung perkahwinan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, dengan Noor Nabila Mohd Noor, 37, Erra berkata Aleesya cukup teruja kerana akhirnya dia mempunyai adik, iaitu Jebat Jayden Ahmad yang merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Nabila dengan bekas suami, aktor Sharnaaz Ahmad.

“Aleesya gembira sangat sebab dapat adik, dia memang sayang sangat dengan Jayden.

“Saya selalu nasihatkan dia sayang adik, jaga adik balk-balk. 11 tahun dia seorang, jadi memang dia agak kekok sedikit tapi saya harap dia jadi kakak yang balk sebab impiannya nak jadi kakak dah tercapai.

Pasangan ini bergambar dengan anak mereka, Engku Aleesya dan Jebat Jayden Ahmad.
Engku Emran mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada pelakon dan usahawan Neelofa, Nabila di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Erra sebelum ini pernah berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

“Di bibirnya, dia selalu bercerita tentang kebijaksanaan Jayden, dia kata adiknya itu smart boy, memang dia sayang sangatlah pada Jayden,” katanya.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*