Azhar Sulaiman minta netizen ‘sound’ anak kembar.

Anak kembar pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin meraikan ulang tahun kelahiran ke-19 hari ini.

Menerusi laman Instagram, aktor drama Keluarga Iskandar itu memuat naik sebuah video mengucapkan selamat hari lahir buat kedua-dua anak kesayangannya.

Jaga tingkah laku!

 

Rakaman video berdurasi 14 saat itu turut memaparkan Azhar sempat mengusik meminta orang ramai ‘memarahi’ pasangan kembar tersebut agar berkelakuan baik dan menjaga tingkah laku.

“Selamat ulang tahun kelahiran ke-19 Rees & Leona. Korang ‘sound’ dia sikit,” katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua remaja berkenaan hanya mampu tersenyum dan tercengang melihat gelagat si bapa yang disifatkan ‘sporting’ sebelum mengucapkan selamat tinggal bagi mengakhiri video tersebut.

‘Stay sane’

 

Posting itu dipenuhi komen pengikutnya dimana rata-rata menitipkan doa serta mengucapkan selamat maju jaya untuk beradik kembar tersebut selain menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa.

Jadi anak soleh & solehah

Jangan buat mak ayah risau

Moga terus berjaya & cemerlang

Tak perlu la ‘sound’, doa yang baik2

Terdahulu, Azhar meluahkan rasa bimbang selepas anak gadisnya Leona sering dikecam netizen berkenaan beberapa isu termasuk dikatakan berpakaian mencolok mata.

Sumber: Instagram Azhar Sulaiman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*