Bakal suami batal nikah kejar kekasih lama, wanita reda ‘photoshoot’ sorang2

Setiap orang mesti mempunyai impian untuk meneruskan hubungan cinta hingga ke jenjang pelamin, betul tak? Bagaimanapun, tak semua yang dirancnag mampu bertukar menjadi kenyataan kerana Tuhan lebih tahu soal jodoh setiap hambaNya.

Begitulah situasi yang menimpa seorang wanita ini apabila dia terpaksa akur impiannya untuk bergelar isteri kepada jejaka pilihannya hancur berkecai di tengah jalan.

Kisah sedih berkenaan dikongsi oleh seorang jurugambar yang dikenali sebagai Bro Sayap atau Faris di laman sosial Facebook miliknya semalam.

Namun, apa yang lebih menyayat hati adalah wanita bernama Jannah itu ditinggalkan oleh bakal suami yang kembali pada kekasih lamanya meskipun tarikh pernikahan mereka semakin hampir.

 

Walaupun dirinya diuji sedemikian rupa, Jannah tetap meneruskn sesi penggambaran yang telah ditempah tanpa kehadiran bakal suami di sisi.

Biarpun kelihatan cantik setelah disolek dan menggayakan busana pengantin berwarna biru, tetapi ekspresi wajahnya seperti memendam beribu perasaaan yang tidak dapat diungkapkan.

 

Sampai hati bakal suami buat macam tu
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak mengetahui kisah di sebalik gambar-gambar wanita itu. Malah, mereka turut mengecam tindakan bakal suami yang meninggalkan dirinya pada saat akhir.

Jagalah hati pasangan

Semoga ‘sis’ tu tabah

Jahatnya perangai

Kenapa ‘last minute’ ubah fikiran?

Sedih sangat cerita dia, bertabahlah

Semoga dipertemukan jodoh lebih baik

 

Dalam pada itu, netizen mendoakan agar wanita berkenaan sentiasa tabah dan dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik.

Sumber: Facebook Bro Sayap

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*