Uncategorized

Berat dugaan alam prtunangan ni. Bila ex Adam tunjuk vide0, terketar2 tgn aku tngok. Dah merayu2, aku pulak diugutt dan kini Aku tersepit.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya Fatiha (bukan nama sebenar), umur 28 tahun. Sudah bertunang dengan pilihan hati pada bulan September 2020. Perancangannya, bulan Mac 2021 bakal mendirikan rumah tangga.

Saya dan tunang, Adam (bukan nama sebenar) sudah berkenalan selama dua tahun sebelum bertunang.

Kami kenal melalui kawan. Semasa pertemuan pertama kami lagi, Adam sangat berterus terang. Dia menceritakan tentang dirinya, keluarganya, dan juga tentang ex-nya.

Adam dan ex-nya pernah bercinta selama empat tahun dan mereka juga pernah terlannjur. Disebabkan mereka selalu bergduh pada detik detik akhir hubungan mereka, mereka akhirnya putus. Puncanya tiada persefahaman.

Jadi Adam awal awal lagi tanya saya, sama ada saya mampu terima dirinya dan kisah silamnya.

Dia juga bertanya sama ada saya boleh tunggu dirinya stabil dulu memandangkan dia baru bekerja.

Pada ketika itu, saya kata biarlah kami ambil masa untuk berkenalan dulu, kemudian baru saya buat keputusan.

Kami kemudiannya ambil masa untuk mengenali hati budi masing masing selama empat bulan sebelum saya terima Adam sebagai teman lelaki saya.

Saya terima Adam kerana dia lelaki yang baik, bertanggungjawab, sentiasa update dengan saya tentang aktiviti harian dia, soft spoken, dan rajin bekerja.

Cakap pasal d0sa pula, dosa Adam tu adalah kisah silam. Saya pun manusia yang buat d0sa.

Jadi siapalah saya nak menghukom dia. Saya juga bersedia untuk tunggu dia sehingga dia stabil.

Cuma satu saja yang saya minta pada Adam, saya masih suci dan saya mahu menyerahkan mahkota saya kepadanya hanya selepas berkahwin.

Adam setuju, dan sehingga saat ini dia memang tak pernah ambil kesempatan terhadap saya. Dia hormat saya sebagai perempuan.

Lepas dua tahun kenal, Adam semakin stabil dari segi kewangan dan kami pun bertunang. Betullah kata orang, dugaan bertunang ni jangan buat main.

Dugaan saya ialah bila ex tunang Adam datang semula dalam kehidupan kami pada bulan Disember 2020.

Ex Adam dm saya di Instagram, menceritakan kepada saya tentang hubungan dia dan Adam. Apa yang mereka pernah lakukan.

Apa janji janji Adam kepada dia. Apa yang menyebabkan mereka putus. Saya tak terkejut pun, kerana Adam sudah menceritakan semua itu kepada saya.

Saya cakap dengan ex Adam, saya tak kisah dengan semua itu kerana itu masa silam Adam. Bila saya cakap macam itu, ex Adam hantar satu v1deo kepada saya.

Terketar ketar saya bila melihat v1deo itu. V1deo itu dirakam oleh ex Adam sewaktu mereka berada dalam sebuah bilik.

Dalam video itu, Adam sedang tidur. Mereka saling berpelokan tnpa memakaii baju. Walaupun saya sudah tahu, hati saya masih hancor.

Saya terus tanya pada Adam tentang v1deo itu. Adam sangat marah bila tahu ex dia hubungi saya dan menafikan yang dia tahu tentang kewujudan v1deo itu.

Part ini memang saya percaya, kerana memang jelas dalam v1deo itu, Adam sedang nyenyak tidur.

Tapi saya tak nafikan, saya memang rasa tawar hati ketika itu. Adam berusaha untuk memujuk saya. Akhirnya, saya mengalah. Bila difikirkan balik, bukannya Adam tak pernah berterus terang dengan saya.

Saya pun dah fikir hal itu semasak masaknya sebelum terima Adam. Jadi, kenapa perlu jadi isu sekarang?

Yang jadi kerunsingan saya sekarang, ex Adam ugut untuk beri v1deo itu kepada keluarga saya sekiranya saya kahwin dengan Adam.

Keluarga saya bukanlah alim sangat, tapi tak adalah sampai open minded nak terima benda benda macam ni.

Kalau mereka tahu saya tahu benda ini, mesti mereka akan marah pada saya kerana mahu jadikan Adam sebagai suami.

Ex Adam juga merayu kepada saya. Dia kata sudah tiada lelaki yang mahukan dia kerana dia sudah hilang d4ra kepada Adam.

Jadi, Adam mesti bertanggungjawab. Di satu sisi, sebagai perempuan, saya faham perasaan ex Adam.

Kalau saya sudah hilang dara kepada seorang lelaki tetapi end up lelaki itu tak mahu mengahwini saya, saya rasa saya boleh jadi gile.

Saya stalk laman sos1al ex Adam. Dia masih simpan gambar-gambar lamanya dengan Adam. Kiranya, selepas Adam, dia tak ada dengan sesiapa.

Tetapi dalam masa yang sama, saya rasa tak adil untuk saya lepaskan Adam gara gara kisah lampau mereka.

Yang penting adalah masa sekarang. Adam adalah tunang saya dan kami bakal berkahwin tak lama lagi. Kenapa saya harus berkorban hanya kerana ex dia hilang d4ra kepada Adam dan saya tidak? Lagi satu, kenapa ex Adam datang sekarang? Kenapa tak dari dulu?

Saya juga bertanya pada Adam, adakah dia mahukan semula ex dia. Adam kata tidak.

Kerana dulu selepas putus, Adam pernah cuba berbaik semula dengan ex dia tapi ex dia tak mahukan dia semula ketika itu.

Selepas susah payah move on selama setahun, barulah dia mengenali perempuan lain iaitu saya.

Adam kata dia akur kalau saya tak nak terima dia lepas tengok video itu, sebab dia tahu saya perempuan baik dan dia faham kalau saya tak boleh terima apa yang dia pernah buat. Tapi Adam takkan sesekali terima ex dia kembali.

Bila saya tanya ex Adam kenapa dia tak nak terima Adam semula semasa Adam merayu pada dia, ex dia kata dia tawar hati ketika itu, tapi sebenarnya dia masih sayangkan Adam. Buktinya, dia tak ada lelaki lain sampai sekarang.

Saya betul betul tersepit sekarang. Saya sayangkan Adam, tapi dalam masa sama saya kasihankan ex dia.

Tambahan pula kalau saya memilih untuk bersama Adam, saya takut dengan reaksi family saya kalau mereka dapat tahu. Tapi saya juga tak nak kehilangan Adam. Apa yang perlu saya buat?

Reaksi Warganet

Lin Disagree –Saya pernah alami situasi ragu ragu macam ni. Apa yang saya buat waktu tu, saya bangun malam, minta Allah leraikan kekusutan, rasa tak tenang. Mintak jalan keluar. Istighfar, baca yassin 3x lepas subuh.

Pagi tu jugak Allah bagi jawapan. Awak cuba la. Saya doakan awak. Minta juga kekuatan hati. Semoga dipermudahkan urusan.

Saya cerita ni bukan bermakna saya baik,saya pun banyak d0sa. Cuma, mungkin membantu awak. Segan nak komen takut ada yang kenal. Haha.

Husna Azman –Bongok jugak ex adam tu bukak aibb sendiri. Siap berani nak tunjuk dekat family bagai. Macam mana ex adam ni tahu laki lain tak nak kat dia sebab dia tak suci, melainkan dia jaja citer dia dah kena tebuk.

If adam dah taubat sungguh sungguh, should be no issues pun. Past is past. Suruh la dia setel dengan ex dia sendiri. Bl0ck je ex dia tu. Then istikharah, mintak petunjuk Allah.

Nabila Rashid –Benda ni kene fikir panjang. Ia takkan habis. Sebelum kawen pon dah macam macam diuggutnya.. Dah kawen nanti takut jadi perang besar dalam keluarga pulak.

Betul itu dosa silam dia, dia layak untuk dimaafka. Tapi pada sisi lain juga kita perlu fikirkan.

Tak nak nanti dah berumah tangga ade ungkit mengungkit, sakit menyakiti. Nak pula awak prempuan dah kawen, syurga isteri ade pada redha suami.

Saranan saya adalah istikharah. Istikharah ni selalu orang ambil mudah. Sebab alasannya suka sama suka dah tak payah istikharah.

Tapi hakikatnya istikharah ni adelah untuk menjernihkan hati dan fikiran supaya tidak bertindak ikut nfsu, menggantung segala urusan pada Allah agar ditetapkan dalam kebaikan agar mudah meraih Redha Allah…

Nanti dah kawen bila ade masalah dengan pasangan sekurang kurang nya kita boleh sabar dengan pasangan kita sebab kita yakin “inilah jawapan dari istikharah aku, Allah dah tetapkan dia sebagai suami baik buruk, lebih kurang dia aku kene terima dan perbaiki lebih baik “.

Hazima Johendry – Moga Allah permudahkan segala urusan sis dan tunang.

Pandangan akak:

1. Istikharah

2. Abaikan wanita itu (eh.. Desperatenya dia sampai sanggup buka aibb sendiri demi mencapai matlamat dia)

3. Adam dah jujur dah atas apa yang terjadi pada masa silam dia. Dia pun dah insaf. Dia pun tak pernah buat apa apa pada sis kan.

Takkan disebabkan kesilapan dia dulu yang telah dia nyatakan dari awal, sis nak tinggalkan dia semata mata kerana wanita itu? Kesian Adam… Dia cintakan sis kerana Allah. Bukan nfsu.

4. Buat je report p0lis atas ugutan ex Adam tu, biar dia ada akal sikit. Orang dah nak menggapai bahagia, dia pulak sakit hati. Dulu tak nak, eh! Sekarang nak pulak.. Apo bondonyo eh.

5. Sekiranya dia menyebarkan juga perihal itu kepada ahli keluarga korang, dia mungkin akan dikenakan tindakan p0lis. Sia sia je kena masuk l0kap.

Eh eh eh… Perempuan ni… Terbalik pulak.. Dia pulak yang rakam. Biasa lelaki yang rakam. Ahaiiilah…

Bagi jelah orang tu bahagia. InsyaAllah akan bertemu jodoh yang baik. Yang penting isi hati perut tu kena baik.

Doakan kebaikan dan kebahagiaan orang. Bukan ganggu gugat kebahagiaan orang lain.

Bertaubatlah ex Adam. Tak semua yang kamu nak, kamu dapat. Adam bukan rgol kamu, kamu sama sama suka kan? Jangan put on blame pada dia seorang.

Bertaubatlah ex Adam. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sumber – Fatiha (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *