Berita Baik Bntuan Prihatin Rakyat Akan Dibayar Mulai Hari Ini. Ini Jumlah Yg Akan Masuk Terus Akaun Masing2

{"source_sid":"CA25CE1B-D227-4AC0-BA12-077C72AC6875_1614109878089","subsource":"done_button","uid":"CA25CE1B-D227-4AC0-BA12-077C72AC6875_1614109878076","source":"editor","origin":"gallery"}

Berita baik apabila sebanyak 8.45 juta penerima Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan mendapat bayaran secara berperingkat mulai hari ini dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion.

Pembayaran sebanyak RM300 akan dibuat kepada 4.4 juta penerima untuk kategori isi rumah dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang yang melibatkan 4.05 juta penerima.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, pembayaran Fasa 1 itu telah dipercepatkan dari bulan Mei kepada penghujung Februari bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

” Pembayaran Fasa 1 BPR dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini.

” Ia akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, penerima yang tidak mempunyai akaun bank akan mendapat bayaran pada Khamis ini melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

” Pembayaran untuk penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula akan dibuat di lokasi-lokasi yang akan diumumkan bersekali dengan pembayaran BPN 2.0,” katanya.

Katanya, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Tengku Zafrul turut berkongsi perkara itu di Instagram beliau yang menarik perhatian ramai.

Pembayaran fasa 1 bantuan prihatin rakyat bernilai RM1.93 bilion secara berperingkat mulai 24 Februari 2021

” Pada 18 Januari 2021, YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) telah mengumumkan bahawa pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021.⠀



” Sukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM300 setiap penerima untuk kategori isi rumah (4.4 juta penerima) dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang (4.05 juta penerima) secara berperingkat mulai 24 Februari 2021 (Rabu), melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion.⠀

” Pembayaran Fasa 1 BPR dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini.

” Pembayaran Fasa 1 ini telah dipercepatkan daripada bulan Mei kepada penghujung Februari 2021 bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

” Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.” tulis Zafrul.

Reaksi warganet

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berasa gembira dengan pengumuman tersebut.

” Alhamdulillah syukur boleh lah beli mask..jangan beli emas pulak.. Takde mask lagi masak oii kena saman” tulis Sam

” Terima kasih kerajaan kerana prihatin nasib rakyat walaupun tak banyak boleh lah buat beli barang dapur..tengah2 pandemik ni memang perlu sgt duit” tulis Anep.

” Saya dah banyak duit yb tapi kerajaan bagi saya amik jer hehehe terima kasih abah muhyiddin i love u” tulis Ekudz pula.

Sumber:k0smo

via thebolalive

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*