(Bersemutt) Teruja baca komen ‘rindu-rinduan’, peminat minta Kamal-Uqasha cepat2 nikah

Lama tak melihat pasangan romantik Uqasha Senrose dan Kamal Adli berkongsi gambar berdua sejak kebelakangan ini.

Menerusi posting-posting mereka di Intagram, masing-masing dilihat sibuk dengan kerja dan seakan banyak menghabiskan masa di tempat pengambaran.

Walau bagaimanapun, muat naik terbaru Kamal Adli di media sosialnya telah mencuri perhatian peminat pasangan ini.

Pura2 tanya rindu ke tak pulak haahah

Dalam kapsyen yang disertakan dengan gambar membuat tanda peace itu, Kamal menyatakan dia merindui kekasihnya, Uqasha Senrose dan sempat bertanya kembali sama ada aktres tersebut merinduinya juga atau tidak.

“kita rindu kt Uqasha Senrose laaa.. 🌹 agak2 dia rindu kita tak?” tulisnya ringkas.

Gelpren balas dekat komen jugak laa

Nampaknya, posting yang dibuat Kamal Adli itu mendapat respon daripada Uqasha apabila meninggalkan komen dengan menyatakan dia juga merindui pelakon lelaki tersebut.

 

“haihhhhhhhhh ❤️❤️ dia tak tahu kita rindu dia mcm mana pulak …” balas Uqasha.

 

Alaaaa sweetnya, bersemut phone!

Komen rindu-rinduan pasangan romantik ini telah membuatkan peminat mereka juga turut sama meninggalkan maklum balas dengan sama-sama berseloroh di ruangan Instagram Kamal.

Terdahulu, pasangan Kamal Adli telah membuat kejutan dengan melamar pelakon terkenal, Uqasha Senrose di atas pentas Anugerah Meletop Era pada penghujung Disember 2020.

 

Mereka yang sudah menjalin percintaan sebagai kekasih dijangka melanjutkan hubungan ke fasa yang lebih serius. Walau bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang kenyataan memaklumkan mereka bakal menamatkan zaman bujang.

 

Sumber: Kamal Adli

Via :https://ohmymedia.cc/teruja-baca-komen-rindu-rinduan-peminat-minta-kamal-uqasha-cepat2-nikah/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh%20My%20Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*