Bl0ck’ Follower IG, Risteena rimas ‘diser@ng’ kec@man

Berikutan kontroversi yang timbul berkaitan dirinya dan suami, Isa Khan yang didakwa merentas negeri dan berbulan madu di Sabah, pelakon Risteena tampil menjawab segala persoalan netizen semalam.

Pemilik nama Nur Risteena Munim Zainul Ilyas itu  menyatakan lawatannya ke Sabah adalah atas urusan kerja dan telah pun mendapat surat merentas negeri daripada pihak berkuasa.

Menerusi IG Story di Instagram, Risteena memaklumkan bahawa dia telah menyekat semua akaun pengikutnya yang memberikan komen berunsur negatif susulan isu ‘honeymoon’ mereka di Sabah.

“Lega dapat block semua individu negatif. Saya tak perlukan orang yang berfikiran negatif di Instagram saya. Bersihkan hati, korang pun akan dapat rasa bahagia tu nanti. Insyallah. Good night followers,” tulisnya.

Menurut Risteena, dia berasa sangat lega setelah menyekat individu negatif di laman sosial Instagram miliknya. Malah dia turut mengakui tidak memerlukan individu sebegitu dalam kehidupannya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun berkenaan turut menasihati mereka agar membersihkan hati supaya dapat merasai cahaya kebahagiaan seperti dirinya.

Terdahulu, Isa Khan berkongsi beberapa foto ‘sweet’ bersama isteri tercinta ketika berada di Semporna, Sabah.

Pasangan tersebut juga dilihat menaiki bot dan menikmati makan malam yang romantik ketika berada di negeri bawah bayu itu. Menerusi posting Isa juga, mereka berdua dipercayai berada di Semporna pada 21 Mac.

Sumber: Instagram Risteena / ohmymedia

 

Artikel Sebelum Itu

“Kita memang dah boleh rentas negeri ke ni?” – Risteena dan Isa Khan seronok ‘honeymoon’ di Sabah

KETI KA heboh mengenai Instafamous dan suaminya memberi keterangan palsu berhubung alasan bagi mendapatkan kebenaran merentas negeri, muncul pula kisah bulan madu pasanga pengantin baharu Risteena dan Isa Khan.

Pasangan itu kini dipercayai sedang menikmati bulan madu di Semporna, Sabah berdasarkan foto dan video-video romantis yang dikongsikan di Instagram mereka.

Perbuatan mereka itu akhirnya mengundang kritikan netizen di laman sosial.

Pasangan ini berkahwin pada 12 Mac lalu.

Rata-rata netizen mempertikaitan tindakan pasangan itu yang mendapat kebenaran merentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang dikuatkuasakan.

Malah segelintir netizen menegur pasangan yang berkahwin pada 12 Mac lalu itu kerana dilihat melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup muka.

“Yang Risteena to pula macam mana? Sudah di Semporna honeymoon. Smiling face with smiling eyes… urus kerja juga sampai di Semporna?

Risteena dan lsa Khan memberitahu di laman sosial mereka bulan madu di Sabah.
“Nur Risteena dengan lsa Khan pun honeymoon kat Tawau rentas negeri.

“Tak… cerita dia sekarang, aku nak bitter juga, macam mana Risteena dengan Isa Khan boleh lepas pergi Tawau siap ada kapsyen honeymoon! Hello… kita memang dah boleh rentas negeri ke ni?

“Risteena honeymoon sampai ke Sabah dengan SOP ke mana… mask ke mana buat story macam tiada apa berlaku.” ujar beberapa netizen.

Antara komen netizen yang kurang senang dengan pasangan selebriti tersebut.

Pada Isnin, polis telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan suami isteri Instafamous yang merentas negeri untuk tujuan bulan madu mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan secara menyeluruh mendapati wujud keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pasangan berkenaan kepada polis pada 20 Mac lalu.

Jika disabitkan kesalahan, pasangan ini boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM10,000.
Gambar pasangan berusia dalam Iingkungan 20-an itu telah tular di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dikecam netizen pada Jumaat.

Netizen berang tindakan instafamous rentas negeri untuk honeymoon.

Sementara itu berdasarkan video dan gambar yang dikongsikan Risteena dan lsa, mereka dipercayai berlepas ke Sabah pada pagi Ahad.

Mereka juga dipercayai mennilih salah satu ‘hidden gem’ di Sabah iaitu sebuah resort terapung yang terletak di Pulau Nusa Kuya, Semporna.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada lsa dan Risteena gaga) apabila pasangan itu tidak menjawab panggilan telefon dan mesej.

Pasangan Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32 dan lsa Khan, 28 bernikah pada 12 Mac lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Sebelunn ini kerajaan memberi kebenaran bagi aktiviti pelancongan rentas antara negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menerusi program Gelennbung Pelancongan Bersasar.
Bagaimanapun Selangor dan Kuala Lumpur termasuk antara enam negeri yang masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 31 Mac ini.

 

Sumber mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*