“Cepatnya Perut Awak Flat!” – Sudah Kernbali Bekerja, Peminat Kagum Dengan Badan Scha Alyahya Macam Anak Dar4

 

Pelakon dan pengacara Scha Alyahya, 38, kini selesai menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak kedua, Lyla Amina pada 12 Februari lalu.

Tidak berehat lama, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya memuat naik foto sudah ligat bekerja menerusi Instagram Stories miliknya.

Walaupun sedang melakukan photoshoot, isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini tetap melakukan tanggungjawabnya mengepam susu.

“Ya saya masih menyusukan anak. Express sekali setiap dua jam,” kongsinya.

Menerusi posting yang berbeza, rata-rata peminat memuji akan bentuk badan Scha yang sudah langsing.

“@ninaismailsabri: Omg cepatnya perut awak flat! Awak kelihatan sangat baik.

“@arrajai: Bestnya dah kurus. “@hazz lynn: Makan apa cepatnya kurus lepas bersalin.

“@mummyzahrah: Adoi bestnya mummy, baru sebulan bersalin dah dapal normal saiz.

“@linaakhsani: Di mana perut selepas bersalin? Langsung tak nampak.

“@zarithsofiazakaria: Makan hati kita.. Caesarean (czer) tapi perut flat. Terdahulu, Awal dan Scha berkahwin pada 4 Mei 2012.

Pasangan ini dikurniakan Lara Alana, 7, dan Lyla Amina yang dilahirkan pada 12 Februari lalu secara pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara.

 

Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/cepatnya-perut-awak-flat-sudah-kembali-bekerja-peminat-kagum-dengan-badan-scha-alyahya-selepas-bersalin-48561?fbclid=IwAR1eijUWEpqigjHcVzQevv9nLXm1nJTuDlaioS35wtJt_easeaWpR_ZSdAo

 

Artikel Berkaitan Scha Alyahya

“Dah 44 Hari Dia Ada Kat Rumah Ni, Tetiba Takde Satu Hari Sunyi Pulak,” – Isteri Dah Keluar Bekerja, Awal Ashaari Luah Perasaannya

Seperti yang diketahui umum, isteri kepada pengacara Awal Ashaari, Scha Alyahya yang kini telah habis menjalani tempoh berpantang sudah pun kembali bekerja.

Malah menerusi laman Instagram, ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat ada memuat naik sesi belakang tabir satu penggambaran dengan mengenakan beberapa persalinan.

Lalu menerusi media sosial sama, Awal secara seloroh meluahkan rasa sunyi sejak ketiadaan isteri selepas lebih 40 hari berpantang di rumah.

“Dah 44 hari dia ada kat rumah ni, tetiba takde satu hari rasa sunyi pulak. How are you doing mommy @schaalyahya,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menariknya juga, Scha dilihat telah memberikan respon terhadap perkongsian yang dibuat suami.

“Excuse me saya ada 9 bulan dan 40 hari kat rumah ya,” balas Scha.

Pada masa sama, peminat turut tumpang gembira dengan keharmonian rumah tangga pasangan selebriti ini.

Awal mendirikan rumah tangga bersama Scha pada 4 Mei 2012 dan mereka kini memiliki dua orang anak perempuan perempuan, Lara Alana, 7 tahun dan Lyla Amina, sebulan.

Foto: Instagram Awal Ashaari

 

sumber : https://www.mediahiburan.my/dah-44-hari-dia-ada-kat-rumah-ni-tetiba-takde-satu-hari-sunyi-pulak-isteri-dah-keluar-bekerja-awal-ashaari-luah-perasaannya/

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*