Uncategorized

Cikgu buat live Kongsi Cerita,Calon SPM Makl Kerana Kejut Tidur Semasa Peperiksaan

Di media sosial, viral video seorang guru wanita meluahkan rasa sedih mendakwa dimaki oleh seorang calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Guru wanita itu menceritakan kekesalannya terhadap akhlak pelajar berkenaan yang berani memaki hamun guru kerana difahamkan dia tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan keluar dewan 10 minit sebelum tamat peperiksaan.

Marah kejut tidur

Gambar hiasan

Difahamkan, pelajar lelaki yang menduduki peperiksaan SPM itu dipercayai meninggikan suara dan menyebut perkataan Inggeris iaitu ‘what the f*ck s*it‘. Tindakannya itu dipercayai dia bengang selepas dikejutkan selepas tertidur di dalam dewan peperiksaan.

Namun bagaimanapun, video TikTok berkenaan telah diturunkan dari media sosial selepas permohonan yang dibuat dari pihak sekolah berkenaan.

Permohonan maaf telah dibuat dari pihak sekolah atas apa yang dilakukan pelajar itu. Anggap macam inilah, saya seorang guru dan seorang yang ada hati dan perasaan. Memang saya dibayar gaji untuk menjadi guru tapi saya tak dibayar gaji untuk dimaki. Saya melakukan kerja dengan penuh kasih sayang.

Tertekan dimaki pelajar

Tambah guru itu lagi, dia menjadikan platform TikTok sebagai saluran untuk dirinya meluahkan perasaan dan menceritakan apa yang berlaku seharian.

Anggaplah itu cara saya lepaskan perasaan. TikTok tempat penceritaan harian saya. Minta maaf kalau ada tindakan saya yang tidak betul. Tapi sebagai manusia, apa yang saya buat itu adalah perasaan saya yang terkejut dan tertekan kerana dimarahi pelajar 18 tahun sedemikian rupa.

Tak ada manusia pun yang dilahirkan untuk dimaki, direct into your face. Tak ada siapa pun suka perasaan dimaki.

Student sekarang memang lain

Sementara itu, di laman Twitter pula ada segelintir netizen terkilan dengan tindakan disiplin yang dipamerkan pelajar berkenaa. Malah, mereka juga bersimpati akan nasib yang diterima guru pengawas peperiksaan itu.

Sumber: Gempak, Twitter

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *