Dah tk baling barang, staf J&T buat kerja ‘lemah lembut’ dipuji netizen

Sebelum ini tular di media sosial mengenai pekerja syarikat penghantaran barang J&T yang membaling barang pelanggan selepas didakwa mogok selain terdapat beberapa isu dalaman.

Terbaru menerusi perkongsian di aplikasi TikTok milik seorang lelaki bekerja di syarikat kurier tersebut, dia telah memuat naik satu video memaparkan dirinya sedang bekerja dengan penuh berhemah.

Dah tak baling barang

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi lelaki tersebut yang berlemah lembut dan memesan agar sentiasa menjaga barang pelanggan dengan baik.

Selain itu, mereka juga mengakui meskipun J&T pernah melakukan ‘kontroversi’ namun masih tetap menjadi pilihan kerana perkhidmatan yang laju dan pantas.

 

Macam ini kan bagus! Tak baling-baling barang. Pelanggan pun gembira barang sampai cepat dan elok. Bagus teruskan tindakan seperti ini.

Sumber: TikTok Wbas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*