“Dah habis ‘Iddah ke tu?” – Baru cerai, netizen persoal Nadia Brian berjalan2 sakan

Ramai tahu baru-baru ini pelakon jelita Nadia Brian baru sahaja sah bercerai bersama bekas suami, Muizz Nasruddin, 30, dengan talak satu.

Semalam, pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu memuat naik sebuah video mempamerkan dirinya sedang berada di sebuah ‘shopping mall’ sambil ‘berposing’ sakan.

Menerusi video tersebut, jelas terpancar kebahagiaan di wajah wanita berusia 30 tahun berkenaan setelah bergelar ‘Miss J’.

Menjengah ke ruangan komen, peminat memuji bintang drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu yang disifatkan semakin cantik dan ‘berbisa’.

Makin meletop!

Bagaimanapun dalam kegembiraan dipuji para peminat, timbul pula persoalan ‘kurang enak’ dalam kalangan netizen berkenaan tempoh ”iddah’ seorang isteri setelah bercerai.

Tempoh ‘iddah dah habis ke keluar jalan?

Memandangkan empunya diri baru sahaja bercerai dengan bekas suami, ramai netizen menegur dan menyelar tindakan Nadia yang didakwa seakan tidak mengendahkan hukum agama apabila dilihat keluar rumah biarpun dalam tempoh ‘iddah.

Masih dalam ‘iddah tak boleh keluar merata

‘Iddah kena jaga aurat, tapi masa kahwin pun tak jaga..

Malu sikit sis, nak masuk bulan Ramadan

Terdahulu, Nadia Brian mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019. Namun, jodoh mereka tidak berpanjangan setelah bekas suaminya melafazkan cerai talak 1 baru-baru ini.

Sumber: Instagram Nadia Brian

Ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*