Bengang dengan Neelofa dikatakan penunggang agama, netizen ajak semua support Fattzura selapas jadi duta “Bata”.

Sejak beberapa hari lalu, kecoh mengenai isu selipar ‘Muslim friendly’ atau ‘mesra Muslim’ hasil kolaborasi seorang selebriti popular bersama sebuah jenama selipar.

 

Terbaru, seorang pengguna laman Twitter @IniAlannn memuji strategi pemasaran dilakukan syarikat pengeluar kasut jenama Bata menerusi sebuah posting di Instagram yang berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi ciapan tersebut, difahamkan pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin (Fattzura) telah dilantik sebagai duta jenama berkenaan bagi beberapa koleksi sejak tahun lalu.

Wallet friendly’, mampu dimiliki oleh semua

Ciapan itu menerima 14,300 tanda suka dan diulang kicau hampir 9,500 kali serta ratusan komen warganet mengenai harga dan kualiti produk jenama tersebut.

 

Menurut netizen, mereka mengakui selesa memakai produk Bata yang tahan lasak selama bertahun-tahun selain mempunyai harga berpatutan.

Terdahulu, warganet mempertikaikan penggunaan perkataan ‘Muslim friendly’ pada produk kolaborasi berkenaan ang dianggap tidak sesuai selain mendakwa kononnya mengambil kesempatan atas nama agama.

 

Sumber: Twitter @IniAlannn

Via https://ohmymedia.cc/dah-lama-fattzura-dilantik-jadi-duta-ramai-pakat-beli-kasut-bata/.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*