Hiburan

“Daripada ada segalanya tapi lupakan saya dan anak-anak” Kata Isteri Shuk

Isteri Harap Shuk Sedar Selepas Hot FM Tamatkan Kontrak

Selepas digantung tugas susulan kontroversi rumah tangga dan isu curang, akhirnya kontrak Shuk Sahar sebagai penyampai radio Hot FM ditamatkan berkuat kuasa semalam.

Susulan berita itu, ruangan komen Instagram milik isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera turut terkena tempias apabila netizen meminta penjelasan mengenai isu itu.

Tidak hanya berdiam diri, Sera menjelaskan keputusan pihak pengurusan stesen radio itu ada hikmahnya dan berharap apa yang berlaku membuatkan Shuk sedar dan kembali kepada keluarga.