Dikecam Niat Bergurau Mirip Angelina Jolie, Bunga Isme Beri Amaran

Niat penyanyi rap Bunga Isme hanya ingin bergurau dengan mengakui wajahnya pernah disamakan dengan selebriti antarabangsa, Angelina Jolie disalahertikan segelintir pihak apabila dia dikecam teruk oleh netizen.

Tampil bersuara mengenai perkara itu, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhar memberi amaran kepada netizen tentang tindakan undang-undang yang boleh diambil.


“Biarkan sahaja orang kata kita perasan cantik atau hensem. Sebab kita tak ‘insecure’. Kalau perasan bagus, itu (ditujukan) untuk orang yang kata kita perasan cantik tu. Renung-renungkan dan selamat beramal,” tulisnya.

Dalam pada itu, Bunga turut mengingatkan kepada netizen bahawa semua komen negatif yang dianggap sebagai buli siber boleh dikenakan tindakan.

“Jangan lupa ya, komen berunsur negatif iaitu cyberbully jika mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia, kalau saman…denda tak melebihi 50,000 atau penjara tak lebih satu tahu. Jangan sampai terkena ya…semoga berjaya,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Bunga memberitahu dia berasa lucu kerana kebanyakan komen berunsur kebencian itu ditinggalkan oleh orang dewasa.

“Hanya sebab anda tidak mengenali saya, tidak bermaksud anda boleh lemparkan rasa benci di ruangan saya. Beratus komen daripada orang yang dikategorikan sebagai orang dewasa,” tulisnya lagi.

sumber : Rotikaya

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*