Dipersoal Kenapa Terus Hantar Anak Ke Sekolah Swasta Jika Nafkah Tak Cukup, Ini Jawapan Rita Rudaini

Sejak kebelakangan ini, kisah mengenai pemberian nafkah Aidil Zafuan buat dua orang anaknya bersama Rita Rudaini kembali terpapar di dada-dada akhbar.

Namun pelakon wanita tersebut menjelaskan bahawa dia tidak pernah berniat langsung untuk mengungkit mengenai perkara tersebut.

Malah pilihan Rita Rudaini untuk menghantar Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna ke sekolah swasta turut dipertikaikan oleh netizen memandangkan dia mengatakan wang nafkah tersebut tidak cukup untuk menanggung kedua anaknya itu

Meskipun ada yang mencadangkan dia menghantar anak-anaknya ke sekolah kerajaan sahaja namun jelasnya, kos untuk sekolah tersebut juga banyak belanjanya.

Tambah Rita, dia mempunyai sebab yang kukuh memilih untuk menghantar dua anak lelakinya itu ke sekolah swasta. Bukan sahaja merasa dia mempunyai kemampuan unutk membiaya belanjanya, malah aspek keselamatan juga menjadi faktor utama kepada keputusan itu.

Lain pula dengan sekolah yang dihadiri anak-anaknya kini, mereka perlu berada dalam kawasan sekolah sambil dipantau para guru sebelum diambil oleh ibu bapa masing-masing.

Setiap ibu bapa pasti ada perancangan sendiri untuk masa depan anak-anak mereka kan?

SUMBER : Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*