Dunia

Disangka anak rusa tapi sebenarnya??? , “4 kali tengok 4 kali aku gelak

Tidak dinafikan bahawa ramai yang sering tersalah sangka dimana anak babi dianggap sebagai anak rusa. Mungkin atas faktor rupa fizikal anak babi telah membuatkan ramai yang keliru dengannya kerana hidung mereka pada ketika itu tidak begitu jelas sepertimana haiwan terbabit ketika dewasa. Ditambah pula dengan bentuk dan corak badan ketika itu, ia menguatkan lagi tanggapan berkenaan.

Perkara ini dapat ditunjukkan menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter iaitu milik @fazley13 apabila terdapat seorang lelaki yang turut menyangka perkara yang sama. Jika dilihat pada rakaman itu, pemuda yang berbaju biru tersebut telah memegang seekor anak babi sambil memegang telefon bimbitnya. Oleh kerana ia bercorak seperti rusa, lelaki itu tanpa rasa was-was terus memegang haiwan berkenanaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *