Diser@ng Makcik Bawang, Influencer Vietnam Minta Maaf Dakwa Stacy Cemburv


Semalam kecoh apabila seorang influencer daripada Vietnam yang terkenal di Malaysia, Jade Ahn menceritakan kisah babaknya disunting daripada sebuah muzik video band tempatan dek isteri vokalis yang cemburu.

Walaubagaimanapun Akim Ahmad tampil sejurus selepas itu dan menafikan dakwaan wanita tersebut. Menurut penyanyi itu, dia memilih untuk mengubah konsep video muzik ‘Rampas’ kerana merasakan ia keterlaluan dengan mesej yang mahu disampaikan di dalam lagu tersebut.

 

Pun begitu, Jade kemudiannya memuat naik perbualan dengan individu yang terlibat dengan penggambaran video muzik tersebut selain menekankan bahawa dia tidak membuat cerita.

 

Disebabkan perbalahan ini yang berlaku di laman media sosial, rata-rata netizen mula mengeluarkan pendapat mereka sendiri. Kebanyakannya meninggalkan komen pada Jade mempersoalkan mengapa dia perlu mengungkit kisah yang berlaku 3 tahun lepas.

jade ahn

Tak cukup dengan itu, tiada bukti sahih yang mengatakan bahawa Stacy ‘cemburu’ memandangkan mesej ditulis oleh individu yang terlibat dengan penggambaran tersebut hanya mengatakan ‘isterinya tidak suka’.

Selepas dikecam oleh netizen Malaysia, influencer kacukan Jerman-Vietnam itu bertindak memohon maaf selain mengakui bahawa ciapan asalnya berbunyi seperti dia cuba menyelar isteri vokalis tersebut.

jade ahn

Menganggap bahawa ciapan asalnya hanyalah untuk berlawak namun dia tidak menyangka bahawa ia menjadi serius. Sehingga ramai yang boleh meneka gerangan siapa yang dimaksudkan olehnya.

jade ahn

Masih tidak menyebut nama vokalis tersebut dan isterinya, Jade meminta maaf kepada mereka. Disebabkan kesilapan komunikasi, dia diberitahu bahawa wanita itu cemburu lantas babaknya disunting daripada muzik video tersebut.

Malah influencer ini menegaskan bahawa dia langsung tidak mengetahui bahawa hari ciapan itu dibuat jatuh pada tarikh yang sama dengan ulang tahun pasangan tersebut.

jade ahn

Harapnya sudah reda isu ini. Apa pun, cerita dah lama kan.

 

 

 

Sumber : Ohmedia Twitter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*