“Doakan saya.Ada niat nak berhijab, insyaAllah dalam masa terdekat” – Zizi Kirana

Nama penyanyi rap Zizi Kirana, 36 semakin hari menjadi sebutan dalam kalangan peminat tambahan lagi apabila dia tampil dengan imej baru yang lebih s0pan dan k0nservatif.

Memetik temubual bersama Gempak, pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil itu mengakui sudah tidak memiliki pakaian seksl yang pernah dipakainya suatu ketika dahulu.

Dah tiada pakaian seksl

Bagaimanapun, pelantun lagu ‘Eh’ itu tidak berniat menyedekahkan pakaian-pakaian itu kepada sesiapa kerana bimbang akan menggalakkan orang lain melakukan d0sa.

“Sejujurnya saya memang dah tak memiliki baju-baju seksl yang pernah dipakai sebelum ini. Saya tak ada niat nak bagi sesiapa, apa yang penting saya memang dah tak ada baju-baju macam tu.
“Ada juga orang tanya kenapa tak bagi orang lain, buat apa saya bagi orang baju-baju seksl? Nanti saya menggalakkan orang buat d0sa pula,” katanya ketika ditemubual Gempak.

Niat nak berhijab dalam masa terdekat

Tambah pemenang Pemenang Persembahan Terbaik AJL-35 itu, dia mula berhasrat untuk berhijrah selepas kehilangan ramai insan tersayang dalam hidupnya.

Oleh itu, dia masih cuba untuk memperbaiki diri secara perlahan-lahan dan tidak terlalu dr4stik.

“Kerap juga saya terfikir untuk pakai tudung, dan memang ada niat nak pakai, cuma saya mahu selesaikan dahulu kerja-kerja yang sudah dipersetujui sebelum ini.
“Saya hormati mereka juga, saya tak boleh pentingkan diri sendiri apabila membuat keputusan. Mungkin ada sebab mengapa belum tiba masanya saya pakai hijab, Insya-Allah dalam masa terdekat ini, doakan saya ya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Zizi Kirana membuat keputusan untuk berhenti berpenampilan seksl setelah mendapat tegvran daripada ibunya.

Tindakannya itu turut disokong oleh para peminat yang gembira melihat perubahannya lebih-lebih lagi selepas banyak membabitkan diri dalam program berunsur islamik.

Jom doakan perjalanan Zizi agar dipermudahkan! Amin.

Sumber: Gempak (Asyraf Aided)

 

Artikel Sebelum ini

Mohon Doakan Berubah Sepenuhnya

Kini tampil dengan imej sopan serta sudah pun memadam foto “Tak cukup Kain” di Instagram, ramai yang menyambut baik azam penyanyi Zizi Kirana yang mahu berubah ke arah lebih baik.

Gembira melihat banyak komen positif buat dirinya, Zizi berkata perubahan dirinya yang kini terlibat dengan program keagamaan bukan untuk meraih perhatian.

“Alhamdulillah, akhirnya ada juga komen-komen yang positif buat saya berbanding sebelum ini banyak yang negatif. Tapi sebelum ini pun saya tak pernah ambil hati dengan komen mereka. Ia sudah jadi perkara biasa buat semua artis.

“Apa yang saya buat untuk program keagamaan itu bukan untuk meraih perhatian atau simpati mana-mana pihak,” katanya.

Menurut Zizi, apa yang dilakukannya adalah atas kehendaknya sendiri dengan niat untuk mengubah dirinya ke arah lebih baik.

“Saya tetap berpegang pada ayat biarlah orang nak kata apa, yang penting niat. Jadi saya cuba melakukan apa yang difikirkan baik. Sekarang saya bermula dengan perubahan dari segi pakaian dan penampilan. Ia berjalan sedikit demi sedikit.

“Apa yang diharapkan sekarang ialah sokongan masyarakat bukannya kecaman. Saya mohon agar doakan saya berubah sepenuhnya nanti,” katanya.

Sudah memadam gambar seksinya di Instagram, Zizi berkata dia juga menyimpan kesemua baju-bajunya yang seksi dalam kotak.

“Saya tidaklah sampai bvang terus pakaian-pakaian ini. Cuma ia dimasukkan dalam kotak dan diletakkan di tempat lain. Saya tak rancang pun lagi untuk bagi pada sesiapa.

“Hanya simpan dulu dan tak nak pakai lagi. Tak dinafikan perasaan kini lega kerana ramai pihak yang makin positif terhadap saya,” katanya.

sumber rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*