Done Tegur, I’m Sorry’ – Jawapan Balas Sharifah Sakinah Kepada PU Syed

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri menerusi laman Instagram membuat teguran terbuka kepada pelakon Sharifah Sakinah. Difahamkan, sebelum ini PU Syed ada menghantar pesanan di ruangan mesej peribadi namun tidak dibalas pelakon tersebut.

Menurutnya, sebagai seorang selebriti yang mempunyai pengikut yang ramai, Sharifah Sakinah haruslah menunjukkan contoh yang baik dari segi berpakaian. Tambah PU Syed lagi, meski pun hidup bebas, umat Islam mempunyai batas-batas yang tertentu

Teguran Terbuka Buat Pelakon @sharifah_sakinah

Bersandarkan mafhum hadis Baginda Rasul, ” Sesiapa yg melihat (tahu) satu kemungkaran, hendaklah dia cegah dgn tangannya (kuasa), jika tak mampu dgn lidahnya dan jika tak mampu dengan hatinya, dan itulah selemah² iman”

Pada 12 Jan 2019 ambe pernah DM utk menasihati puan dalam isu berpakaian, namun spt mana biasa dlm menegur org yg ada “nama” ni, mereka tak sempat nak baca pun, maka harini ambe tegur sekali lagi dan kali ini secara DM dan juga secara terbuka utk pedoman bersama

Puan sharifah sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut di IG, manakala di sosmed yg lain ambe tak tahu dan tak ingin utk ambil tahu. Ambe ingin TEGUR “perbuatan” puan, sekaligus dpt menegur followers puan yg ramai itu kerana pasti akan ada yg terikut dgn gaya hidup puan ini.

Islam menggariskan adab berpakaian, bagi seorang Muslim dan Muslimah, ini pasti pernah dipelajari semasa belajar dalam subjek pendidikan islam di sekolah rendah dan menengah, namun apa yg puan pertontonkan pd khalayak adalah suatu yg membawa kpd dosa

Sekalipun hidup kita ini bebas, namun bagi umat Islam ada batas² yg tak boleh dilangkaui serta dilanggari

Biarlah puan naik dan popular dgn disulami adab dan akhlak yg terpuji. Puan Sharifah Sakinah, ingatlah, Kita dari keturunan yg mulia dari nasab yg mulia, maka perlu ambe menegur utk puan kembali ke atas jalan yg sebenarnya. Inilah cara kita sesama saudara utk menyelamatkan saudarnya dari terus hanyut dalam mehnah dan ujian duniawi

Belum terlambat utk puan tunjuk sesuatu yg mulia kpd followers puan di luar sana

Sekian

Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak al Yahya

PU Syed turut mengingatkan pelakon tersebut agar menjaga adab dalam berpakaian tambahan pula apabila datang daripada nasab yang mulia. Jelasnya, teguran yang dibuat adalah salah satu cara untuk menyelamatkan saudara seagama daripada terus hanyut.

Di ruangan komen, peminat memohon agar pelakon ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ ini mengambil serius teguran yang dibuat. Mereka mendoakan agar Sharifah Sakinah diberikan hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*