Hiburan

Norman Hakim berniat ingin beristeri dua, sekali jawapan padu Memey buat Norman terkedu

Aktor Norman Hakim mengakui ada bertanyakan mengenai isu poligami kepada isterinya, Memey Suhaiza jika suatu hari nanti dia mahu berkahwin seorang lagi.

Norman berkata dia terkejut mendengar jawapan Memey yang akui bersikap lebih terbuka untuk membenarkannya berkahwin jika berkemampuan.

“Sebenarnya secara jujurnya buat masa ini sedikit pun tiada terdetik untuk berkahwin lagi, mungkin kerana tiada masa.

“Jika dulu masa usia 30-an mungkin ada kemahuan itu kerana dari luaran lihat bila berpoligami ini macam bahagia.

Tapi sekarang saya fikir berpoligami ni bukan hanya kerana nafsu sahaja tapi perlu fikirkan tanggungjawab juga dan bila membayangkan semua itu, saya rasa tidak mampu.

INI JAWAPAN MEMEY KEPADA NORMAN HAKIM

“Saya dan Memey pernah bercakap mengenai isu ini dan kami hanya berborak secara matang dan terbuka. Memey kata semua itu ikut kemampuan jika suami mampu memberikan nafkaf zahir dan batin kepada isteri-isterinya dia tiada masalah.

“Bila Memey guna ‘reverse-pyschology’ begitu saya jadi kesian pula dengar jawapan dia dan jadi tak sampai hati,” katanya kepada Astro Gempak.

Norman kini sedang muncul dalam drama siri terbaharu The Maid yang menampilkannya sebagai Mr. Jay atau Jayden yang mempunyai empat orang isteri.

Berkongsi pengalamannya berlakon dalam drama siri terbaharu original siri Gempak itu, Norman memberitahu ini pertama kali berlakon sebagai lelaki yang berpologami.

“Saya rasa pengalaman berkahwin empat ini tak akan dapat di dalam realiti atau seumur hidup saya dan saya akui seronok diberi peluang berlakon dalam drama ini.

“Ketika berlakon mempunyai empat orang isteri pun saya dah rasa sedikit tekanannya bila berpoligami.

“Bukan mudah rupanya, nampak sahaja bahagia tapi hakikatnya hanya mereka yang berada dalam situasi ini sahaja tahu,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786)

 

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *