[EKSKLUSIF]: Awal & Scha Kongsi Wajah Baby L,

Genap seminggu kelahiran anak kedua kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang dilahirkan pada 12 Februari 2021, mereka membuat keputusan untuk mendedahkan wajah bayi comel tersebut.

 

Menerusi sebuah program televisyen yang disiarkan secara eksklusif pada 18 Februari, mereka telah memaparkan perjalanan pasangan tersebut daripada sebelum menyambut kelahiran anak kedua itu sehinggalah selepas bayi tersebut dilahirkan.

dilahirkan.

Program yang berdurasi selama 30 minit itu nyata mendapat perhatian ramai yang rata-rata sebak ketika menonton teaser yang dimuat oleh Scha melalui laman Instagram miliknya.

Wah comelnya! Semoga baby L membesar dengan sihat, cantik dan comel serta dapat berbakti kepada kedua ibu bapa..

Sumber: Instagram Scha Al-Yahya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*