Gadis lengkap bertudung Akui Masuk Kelab Malam, Nak Layan Muzik & Minum Milkshake Je.. Hmm

 

Seorang gadis berhijab di Indonesia dikecam warganet selepas memuat naik satu video di aplikasi TikTok dengan mengaku berada di dalam sebuah kelab malam bersama dua orang rakannya yang juga memakai berhijab.

 

Menerusi rakaman video tersebut, @nadiatur_rizki berkata dia hanya mahu menikmati minuman milkshake coklat sambil berhibur dengan persembahan ‘live’ daripada pemuzik di tempat tersebut.

Orang lain berjoget, kita cuma nyanyi. Orang lain pesan minuman beralkohol, kita pesan milkshake. Orang lain pulang atas jam 12 tengah malam, kita jam 10 dah cabut,” tulisnya pada video berdurasi 19 saat itu

Tindakan tersebut mengundang rasa bengang netizen yang menyifatkan kumpulan gadis itu sengaja menjatuhkan maruah wanita bertudung selain boleh mendatangkan fitnah terhadap agama Islam.

Namun begitu, ada juga segelintir individu mengatakan tempat dikunjungi gadis terbabit adalah kafe biasa yang mempunyai ‘vibes’ kelab malam selain mungkin sekadar ‘content’ untuk meraih perhatian semata-mata.

Sumber: TikTok @nadiatur_rizki

Sumber : https://borakdaily.com/gadis-akui-masuk-kelab-malam-nak-layan-muzik-minum-milkshake-je/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh+My+Media&fbclid=IwAR1N8TaLtG88iDVaj2ty4IoTEEPdXVvHQdqRZwA8DcF9P5j8AuHWzf9Hfuo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*