Uncategorized

(Gambar) “Ada yang tersilap ingatkan saya Angelina Jolie..” – Bunga Isme

Penyanyi yang juga rapper bertudung, Bunga Isme mengakui ramai yang menyamakan rupa parasnya dengan beberapa selebriti lain.

Memetik laporan Kosmo! Online, pemilik nama Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari itu menjelaskan ada juga yang menyamakan wajahnya mirip selebriti jelita terkenal antarabangsa iaitu Angelina Jolie.

Pelanduk dua serupa

 

Ada yang menyamakan saya dengan Shalma Aina, Azira Shafinaz, Iman Troye dan ramai lagi. Mungkin seakan-akan sama itu yang membuatkan mereka keliru. 
“Yang membezakan hanya gaya berkaca mata. Kadangkala, ada juga yang tersilap ingatkan saya Angelina Jolie,” ujarnya ketika ditemubual oleh Kosmo! Online.

Wah, memang tak dinafikan lagi, kedua-duanya memiliki wajah yang cantik rupawan.  Jadi, tidak hairanlah kalau Bunga disalah sangka sebagai Angelina Jolie, betul tak?

Penyanyi berusia 21 tahun itu mencetus fenomena apabila menjadi ‘rapper’ pertama di Malaysia dengan imej berbaju kurung dan bertudung setiap kali membuat persembahan.

Bagaimanapun, penyanyi lagu berjudul Bunga itu turut mengakui dirinya masih baru dan kurang popular dalam industri seni.

Namun, penuntut Diploma Pentadbiran Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu tidak ralat biarpun ada segelintir pihak belum mengenali dirinya.

Sumber: Kosmo Online (Farhana Ab Rahman)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *