“Belanja ” Gambar tak berbajv, IG MK-Clique dihujani komen Nakl gadis2…

Siapa sahaja tidak mengenali penyanyi tampan MK dari kumpulan K-Clique yang sentiasa menjadi pujaan hati ramai gadis di luar sana?

Baru-baru ini, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan memuat naik sekeping gambar yang agak ‘panas’ menerusi perkongsian terbaru di laman sosial Instagram miliknya.

Apa yang menjadi perhatian adalah gambar berkenaan mempamerkan jejaka berusia 25 tahun itu tidak mengenakan baju! Aduhai.

Ramai jadi tak keruan

Disebabkan MK belanja gambar badan ‘sado’ itu, ruangan komen perkongsiannya dibanjiri dengan komen daripada para peminat yang terdiri dalam kalangan wanita, memuji bentuk badan dimiliki pelantun lagu Pulang itu.

Bukan itu sahaja tau, ramai juga menegur lengan MK yang kelihatan sasa sehingga membuatkan mereka ‘cair’ dan tidak tentu arah melihatnya.
Dalam hidup ini, kita pasti akan bertemu atau berurusan dengan kaum berlawanan jenis. Kaum wanita memiliki kelebihan dan kemahiran tertentu yang tidak mampu dilakukan oleh kaum lelaki. Begitu juga kaum lelaki yang mempunyai kudrat, tenaga serta kemahiran tertentu yang tidak mampu dilakukan oleh kaum wanita.
Mudah kata, kedua-dua belah pihak ini saling memerlukan antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan.

Bagi golongan remaja, tempoh ini amatlah mencabar jiwa dan raga mereka. Ketika ini, salah satu godaan terbesar datang menghampiri mereka, iaitu ‘rasa ketertarikan terhadap lawan jenis’. Ini kerana, dari sudut sains biologi manusia, tempoh masa remaja sekitar 13-25 tahun (bergantung pada setiap individu) hormon antara lelaki dan perempuan sedang mengalami perubahan untuk menuju ke alam dewasa.

Justeru, rasa tertarik antara lelaki dan wanita itu adalah lumrah serta fitrah semula jadi manusia, kerana ia juga merupakan sebahagian dari proses tumbesaran. Oleh itu, perasaan tersebut haruslah dikawal dengan bijaksana supaya ia tidak membawa ke arah yang buruk dan menghancurkan masa depan remaja itu sendiri.

Islam telah menggariskan beberapa adab pergaulan antara lelaki dan wanita Muslim agar keduanya tidak hanyut dan leka. Antaranya;

1# Dilarang Berkhalwat Atau Berdua-duaan
Ada ketikanya, kita terpaksa berurusan secara berdua. Jika boleh elak, elakkanlah atau lebih baik bagi kaum hawa, bawalah mahram atau rakan anda bersama. Hal ini bagi mengelak fitnah. Bahkan, Nabi SAW turut bersabda;
“Janganlah lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya.”

Hadis Riwayat Bukhari
Mengapa adanya tegahan? Setiap tegahan itu sudah pasti terkandung hikmah yang cukup besar. Ini kerana apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan, mereka mudah untuk digoda oleh syaitan yang menjadi ‘orang ketiga’. Tugasnya, tidak lain adalah menggoda dan menghanyutkan anak-anak adam untuk melakukan hal-hal yang mendekati zina.

Sabda Baginda saw lagi,
“Janganlah salah seorang di antara kalian berkhalwat (berdua-duaan) dengan seorang wanita kerana sesungguhnya syaitan menjadi orang ketiga di antara mereka berdua.”

Hadis Riwayat Ahmad
# Menundukkan Pandangan
Pandangan antara lelaki dan perempuan atau sebaliknya termasuk salah satu panahan syaitan. Bahkan, pandangan merupakan awal berlakunya fitnah sehinggakan Allah swt memerintahkan kepada lelaki mahupun perempuan untuk menjaga pandangannya.

Firman Allah swt yang bermaksud;
“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan’. Katakanlah kepada wanita yang beriman; ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya’.”

An-Nur : 30
Jika hanya sekilas, spontan dan tidak sengaja, ia diharuskan. Sekiranya kita terlihat lawan jenis, maka cepat-cepatlah alihkan pandangan tersebut sebelum syaitan memasuki dan mempengaruhi fikiran serta hati kita. Dan, segeralah mohon perlindungan dan kemaafan kepada Allah swt agar kita terpelihara dari godaan tersebut.
Menjaga Aurat
Jika diperhatikan, aurat bagi kaum perempuan ‘lebih berat’ berbanding kaum lelaki. Ini kerana, aurat kaum perempuan adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali muka dan kedua telapak tangan. Manakala kaum lelaki pula, aurat mereka dari pusat hingga ke lutut.

Bagaimana untuk menutup aurat tersebut? Caranya adalah dengan memilih pakaian atau kain yang tidak nipis agar tidak menampakkan warna kulit. Pastikan pakaian tersebut benar-benar menutup, bukan membalut tubuh kita sehingga terlihat bentuk tubuh yang akhirnya menarik perhatian golongan lawan jenis.

Disebabkan kaum wanita adalah fitnah bagi kaum lelaki, Nabi saw ada memberi peringatan melalui sabdanya;
“Wanita itu adalah aurat. Jika dia keluar, maka syaitan akan memperindahkannya di mata lelaki.”

Hadis Riwayat Tirmizi
# Tidak Bergaul Bebas Antara Lelaki Dan Wanita
Pergaulan bebas atau percampuran antara lelaki dan wanita di suatu tempat tanpa hijab atau penghadang membolehkan mereka melihat lawan jenis dengan mudah dan sesuka hati. Bagi wanita muslimah, sudah tentu hal tersebut membimbangkan apabila mereka dijadikan ‘objek’ pandangan kaum adam.

Jika ia atas urusan kerja dan benar-benar penting, dalam erti kata lain jika ketiadaan kita di tempat tersebut menyebabkan kerja atau perancangan tersebut tergendala, maka ia diharuskan.

Namun, jika hal tersebut hanya sekadar berbual-bual mesra sesama rakan berlawanan jenis, adalah lebih baik dielakkan dan percepatkanlah masa untuk berundur diri agar tidak berlama-lama dan berlanjutan sehingga lewat malam.
5# Menjaga Kemaluan
Zaman moden ini amat mudah mata kita terlihat hal-hal yang menjurus ke arah pergaulan dan seks bebas. Segalanya bermula dari pandangan mata. Benar, bukan mudah untuk menjaga hal tersebut, jika diri kita tiada ‘pelindung’ yang benar-benar kukuh dari sudut rohani. Sebagai contoh, gambar-gambar yang membangkitkan nafsu mudah didapati hanya melalui hujung jari sahaja.

Begitu juga, apabila kita sering menonton filem atau rancangan televisyen berkait hal percintaan, bercakap dengan seseorang yang berlawanan jenis melalui telefon, sms, dan apajua medium komunikasi.

Alat perantaraan tersebut tiada salahnya jika kita benar-benar memanfaatkannya untuk tujuan tertentu yang mendatangkan kebaikan. Namun, apabila ia disalahgunakan maka buruklah akibatnya.
Jika diperhatikan, firman Allah swt dalam surah an-Nur ayat 30-31 seperti point kedua,
Allah swt memerintahkan kepada umat Islam agar menahan pandangan mata dan setelah itu, menjaga kemaluan. Hal ini menunjukkan pandangan mata dan penjagaan kemaluan adalah sama pentingnya.
Mudah-mudahan, kelima-lima adab pergaulan di atas ini dapat kita ingati apabila berurusan dengan kaum berlawanan jenis. Juga, diharapkan agar kita saling menjaga batas pergaulan sesama Muslim antara lelaki dan wanita, agar tidak terjerumus dalam kategori yang menghampiri zina.

Sumber: Instagram MK K-Clique

SUMBER  :https://www.instagram.com/p/CMeqC4uHMGn/?igshid=nomlhwo07hnm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*