(Gambar) Pelik!! Ular tedung selar makan ular sawa ditangkap..

TANJUNG MALIM – Seekor ular tedung selar sepanjang kira-kira lima meter yang sedang membaham seekor ular sawa berjaya ditangkap sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Kampung Orang Asli Cinggong, Behrang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 2.30 petang itu, reptilia seberat 11 kilogram (kg) itu sedang memakan seekor ular sawa di celahan pokok buluh.

Pegawai APM Muallim, Kapten Shahrizal Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut pada pukul 2 petang sebelum seorang pegawai dan tiga anggota bergegas ke lokasi.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati ular tedung itu sedang memakan ular sawa di celahan pokok puluh berdekatan tempat penduduk mandi di tepi sungai.

“Kita percaya ular tedung itu sedang dalam kelaparan dan ia bertindak agresif ketika anggota cuba menangkap dan mengeluarkannya dari celahan pokok tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Shahrizal, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap dan memasukkannya ke dalam kandang besi sebelum dibawa pulang ke pejabat APM Muallim.

“Ular ini merupakan ular tedung paling panjang berjaya ditangkap anggota APM Muallim sepanjang saya berkhidmat di sini,” ujarnya. -K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*