Ternampak lelaki berjubah berlari tepi highway, gadis ini mnta ayah dia berhenti. Rupanya ini yang terjadi

Dalam dunia akhir zaman ini bermacam macam cerita yang kita dengar terutama dalam dunia media sosial. Dari kita banyak melihat atau membaca perkara perkara yang tidak elok adalah lebih baik jika kita membaca perkara yang baik baik sahaja.

Kita sudah pun memasukki tahun 2021 dan sudah tiba masanya untuk kita jadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Nampak Seorang Lelaki Berlari Dalam Hujan Pakai Kurta

Baru-baru ini, seorang gadis berkongsi kisahnya di laman sosial Twitter sewaktu dalam perjalanan menuju ke satu destinasi.

Sebaik sahaja kereta dipandu bapanya menyusur keluar dari RnR Simpang Pulai, dia terus merakam aksi seorang pemuda yang berlari di tepi lebuh raya dalam keadaan hujan lebat.

Kenapa berlari2 dalam hujan?

Menurut penjelasan gadis yang menggunakan nama @intansyazwanii berkenaan, difahamkan pemuda itu berlari keluar dari kawasan Petronas dan tercari-cari sesuatu sebelum terus berlari ke arah lebuh raya.

Justeru, firasatnya mengatakan bahawa pemuda tersebut mungkin sudah ditinggalkan oleh bas yang perlu dinaikinya.

Minta Ayah Berhenti Untuk Tumpangkan

Disebabkan berasa kasihan, dia meminta bapanya menumpangkan pemuda itu. Namun, apa yang lebih menyedihkan gadis itu adalah kelibat motosikal yang lalu-lalang tidak terpikir mahu bertanya keadaan pemuda malang terbabit.

“Bayangkanlah dia berlari dalam hujan pakai jubah kurta, sambil call office bas yang dia naik nak bagitahu yang dia tertinggal bas,” tulisnya di ruangan posting.

Bapanya yang tidak sampai hati, memberhentikan kereta dan menumpangkan pemuda itu yang berada dalam keadaan basah lencun sambil menggigil kesejukan.

Apabila ditanya dengan lebih lanjut, rupa-rupanya memang benar dia ditinggalkan bas dan seorang diri menaiki bas dalam perjalanan dari Jitra pulang ke Seremban.

Berkat daripada pertolongan gadis itu dan bapanya, pemuda tersebut telah menjumpai dan selamat menaiki basnya semula. Gadis itu turut berkongsi rakaman saat-saat pemuda tersebut menaiki bas. Mesti keluarga dia tak sabar menunggu kepulangannya!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan dua beranak itu. Malah, tidak ketinggalan juga ada yang berkongsi kisah pernah menghadapi nasib sama seperti pemuda berkenaan.

Terima kasih kerana sudi membantu pemuda itu

Bila kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita juga. Moga kisah ini menjadi contoh buat kita semua.

 

Sumber: Twitter @intansyazwanii via OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*