Genap usia setahun, lelaki bawa anak kembar ziarah pusara isteri

Mesti ramai masih ingat kisah mengenai seorang wanita, Siti Nur Nasuha Safie yang meninggal dunia akibat komplikasi ketika bersalin tanpa sempat menatap wajah dua bayi kembarnya tahun lalu.

 

Selepas genap setahun, suaminya Syazwan Najmi Zulkarni membawa anak kembar mereka iaitu Nur Medina Safiya dan Nur Medina Sofiya ke pusara Allahyarham baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram, bapa tunggal berusia 24 tahun itu berkongsi sebuah video memaparkan aksi Safiya dan Sofiya menziarahi arwah ibu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketil, Pengkalan Kubor.

“Abiy bawa kakak, adik pergi kubur ibu. Alhamdulilah anak kita dah cukup setahun dah, anak kita dah boleh jalan dah awak.

Anak kita sihat comel, baik cute macam awak. Saya datang dengan anak-anak ni sedekahkan al-Fatihah untuk awak. Saya dan anak-anak selalu doakan,” tulis Najmi atau mesra dipanggil Mie.

Rakaman video berdurasi dua minit 42 saat tersebut dipenuhi komen pengikutnya yang sayu hati dan sebak melihat momen kasih sayang anak-beranak itu.

 

Malah, ada juga individu mendoakan agar lelaki berkenaan terus tabah serta kuat membesarkan cahaya mata selain dirahmati Allah SWT.

Terdahulu, Allahyarham Siti Nur Nasuha meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) apabila tidak sedarkan diri tidak berapa lama selepas melahirkan anak.

Sumber: Instagram Syazwan Najmi

Via : https://ohmymedia.cc/genap-usia-setahun-lelaki-bawa-anak-kembar-ziarah-pusara-isteri/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh%20My%20 Media.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*