GILA BERGELAR JUARA ANUGERAH JUARA LAGU 35 AJL 35

Lagu ciptaan Noki, Loca B & Ezra Kong muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang disiarkan secara langsung di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Lirik

Gila, gila, gila, gila, gila

Nandung-nandung lagu kampung
Angin sayu awan mendung
Tenang-tenang oh termenung
Namun jiwanya terkurung

Gila, gila, gila, gila, gila
Gila, gila, gila, gila, gila

Gila terkurung terlalu lama
Minda ku tak terbuka
Rasa diriku sengsara menanggung sepiku di dunia
Dunia yang nyata ternyata
Penuh dengan penipu dusta

Hati ingin rasa sangat nak keluar
Ya, ya, ya baru nak mula tapi jantung berdebar
Aku takut, aku jatuh, aku sangat takut
Walau jatuh aku tempuh aku rempuh

Ramai yang nampak aku gila
Mereka tidak tahu apa yang kurasa
Takut dengan dunia kerna rasa diri aku ini tak sempurna
Putaran bumi pun aku boleh rasa
Sampai masanya kita jumpa di luar sana

Nandung-nandung lagu kampung
Angin sayu awan mendung
Tenang-tenang oh termenung
Namun jiwanya terkurung

Gila, gila, gila, gila, gila
Gila, gila, gila, gila, gila

Aku laila dan dunia ni majnun
Cintaku bernafas dalam jiwa terkurung
Kepala tak sehati, hatiku tak sekepala
Yakin kulupa diri dalam mengejar dunia

Ya ia tinggi janji ikut resmi
Semakin kantung berisi
Semakin berat graviti
Yeah, yeah, yeah, yeah, oh
Aku tanggung sakit sendiri

Hayat di kandung badan diriku sayang
Janjiku pada diri akan terus berjalan
Bukan bayangan tiada lagi khayalan
Ku yo jauh dari ketakutan

Nandung-nandung lagu kampung
Angin sayu awan mendung
Tenang-tenang oh termenung
Namun jiwanya terkurung

Gila, gila, gila, gila, gila
Gila, gila, gila, gila, gila
(Gila… Gila…)

Source: Musixmatch

Menjulang trofi dalam saingan yang disifatkan cukup sengit itu, melayakkan lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.

Naib juara dimenangi penyanyi Aina Abdul dengan lagu Semalam yang membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi. Tempat ketiga disandang lagu Belenggu Rindu nyanyian Jamal Abdillah & Wany Hasrita yang menawarkan ganjaran wang tunai RM20,000 dan trofi.

Seperti menapati ramalan, Ernie Zakri memenangi Vokal Terbaik, manakala Persembahan Terbaik dimenangi lagu Eh! nyanyian Zizi Kirana.

Senarai keputusan pemenang:

Juara: Gila – Kaka Azraff, Noki dan Loca B

Naib Juara: Semalam – Aina Abdul

Tempat ketiga: Belenggu Rindu – Jamal Abdillah & Wany Hasrita

Vokal Terbaik: Gundah – Ernie Zakri

Persembahan Terbaik: Eh! – Zizi Kirana.

Sumber :ROTIKAYA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*