Uncategorized

Golongan T20 ‘Bermewah’ Dengan Duit i-sinar , Beli Emas & Saham

Hanya 48.6% daripada 809 responden mengeluarkan simpanan KWSP di bawah skim i-Sinar untuk membeli makanan dan barang dapur.

KUALA LUMPUR: Hampir separuh daripada golongan T20 yang memohon atau merancang memohon pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) menggunakannya untuk membuat pelaburan bagi membeli emas dan saham.

Menurut kajian Pusat Penyelidikan Undian UCSI, kebanyakan mereka yang berbuat demikian dalam kategori umur 40 hingga 55 tahun.

Hasil kajian membabitkan 809 responden dari seluruh negara itu mendapati, 34.9% menggunakan duit i-Sinar untuk tujuan itu yang merangkumi 47.7% daripada pencarum T20, M40 (31.1%), manakala B40 (35.3%).

“Menariknya, pelaburan menjadi satu daripada tujuan pengeluaran i-Sinar terutama golongan T20…meskipun dalam keadaan sukar dengan pandemik Covid-19, masih ada yang melihat peluang dan bertindak,” katanya dalam kenyataan.

Menurut pusat kajian itu, membayar balik pinjaman menjadi tujuan utama responden membuat pengeluaran i-Sinar bagi golongan B40 dan M40 yang berusia 26 hingga 55 tahun.

Sehubungan itu, UCSI berkata, sudah tiba masanya untuk rakyat melihat kembali sama ada mereka mempunyai komitmen tinggi dan cukup bersedia menghadapi tempoh sukar seperti sekarang.

Daripada keseluruhan responden, hanya 48.6% menggunakan wang itu untuk membeli makanan dan barang dapur.

 

Sumbar : freemalaysiatoday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *